in

Millionaire Matchmaker di ntv7

PENCARIAN CINTA JUTAWAN DALAM MILLIONAIRE MATCHMAKER DI ntv7

Untuk semua yang berangan berkahwin dengan seorang jutawan, masih ada harapan.

Temuilah Patti Stanger, penjodoh generasi ketiga, yang merupakan pengasas dan CEO Millionaire’s Club, sebuah agensi perkhidmatan eksklusif yang menyuaipadankan lelaki yang berjaya dengan wanita bakal isteri mereka.

Saksikanlah drama di sebalik tabir pasangan yang disuaipadankan oleh agensi milik Patti dalam Millionaire Matchmaker, siri realiti tujuh episod di ntv7, setiap Sabtu, bermula 4hb Disember 2010, dari tengah malam hingga jam 1.00 pagi. Keberjayaan mendadak musim pertama siri ini di Amerika Syarikat telah membawa kepada penghasilan musim kedua.

NUP_132347_1383

Millionaire Matchmaker memperkenalkan dunia kepada Patti, yang dipersenjatai bukan sahaja dengan senarai pelanggan-pelanggan jutawan yang elit, tetapi juga sebuah pangkalan data berisi nama wanita yang memegang beberapa sifat yang paling dikehendaki ramai: kecantikan, kepandaian, dan kelas.

Turut membantu para pelanggan jutawan mencari cinta sejati ialah pasukan Patti yang terdiri daripada Destin, pengurus pejabat dan penolongnya, Chelsea, Naib Presiden Matchmaking, dan Alison, eksekutif pemasaran Millionaire’s Club. Setiap minggu, Chelsea dan Alison membawa dua pelanggan yang mencari cinta kepada Patti.

Patti telah menyempurnakan seni menyuaipadankan wanita cantik dengan jejaka kaya. Setiap minggu, dia menerima dua hingga tiga orang lelaki yang memasang harapan berpacaran dengan wanita.

Tetapi sebelum jejaka-jejaka ini diperkenalkan kepada sesiapa, mereka dikehendaki menjalankan persiapan yang sesuai. Si Patti yang merupakan penjodoh terkenal terlebih dahulu mendiagnosis “penyakit” mereka dan mendapat tahu mengapa mereka masih keseorangan walaupun memiliki rupa dan wang yang melimpah ruah. Dengan bantuan pakar-pakar dan bergantung kepada masalah mereka, sebahagian daripada mereka menjalani “makeover” manakala ada yang mendapat “makeover” dari segi emosional.

Patti ada ahli terapi, pembeli-belah peribadi, pereka dalaman dan jurulatih janji temu yang bersedia menolong pelanggannya. Dia telah menjadi penjodoh untuk jejaka kaya selama lapan tahun melalui agensi Millionaire’s Club miliknya yang beroperasi di Los Angeles.

Penjodoh professional ini ada menetapkan standard untuk kedua-dua jantina. “Lelaki mesti disahkan jutawan,” kata Patti. “Saya akan memeriksa gaya hidup anda – rumah anda, kereta anda, bagaimana anda melayan wanita.”

Wanita pula boleh terdiri daripada apa-apa umur, kaum, berat dan bentuk badan. Jika wanita-wanita ini bersetuju mengambil gambar profesional, mereka diberi jaminan pendaftaran, tetapi bukanlah temujanji sehingga ada lelaki yang berminat.

Patti ada satu peraturan yang amat penting untuk wanita. “Anda tidak dibenarkan menjadi pisau cukur,” katanya. “Kami akan memeriksa semua untuk memastikan pelanggan kami tidak dikikis. Saya boleh kenal siapa pisau cukur dari jarak 5 batu lagi; lazimnya mereka akan menanya soalan seperti, ‘Berapa buah kereta yang dia miliki? Berapa buah rumah?'”

Tetapi apabila jejaka itu sendiri mula memberi hadiah kepada wanita yang disuaipadankan, apa-apa pun boleh terjadi. Menurut Pattie, pelanggan yang tersenarai dalam agensinya pernah menghadiahkan rumah, kereta, dan cincin berlian kepada buah hati. Mereka tidak kedekut dan suka berbelanja. Mereka ada wang dan pada anggapan mereka, tidak salah untuk berkongsi kekayaan.

Di ntv7 pula, berkongsi ilmu dan pandangan memang amalan yang selalu diutamakan. Dengan Millionaire Matchmaker, penonton boleh mendapatkan petua yang berguna dalam mendapatkan jejaka atau wanita idaman, setiap Sabtu pada jam tengah malam, bermula 4hb Disember.

Untuk maklumat lebih lanjut, layarilah www.ntv7.com.my atau ikutilah kemas kini terbaru kami di Facebook dan Twitter.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anding AF & Safura dalam Telemovie Di Pintu Barzakh

The Buried Life