in , ,

Lazada 11.11 Super Show 2020 Tetap Berlangsung Meriah Walaupun Tanpa Penonton

Lazada 11.11 Super Show Kembali Dengan Lebih Kejutan Dan Tawaran Hebat Dijamin Terendah! Acara beli belah tahunan yang paling dinanti-nantikan, Lazada 11.11 Super Show kembali dengan tawaran jaminan harga terendah musim ini!

Bersiaran secara langsung dari Axiata Arena Bukit Jalil dari pukul 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam, Lazada 11.11 Super Show mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama kira turun Jualan Sehari Terbesar Lazada pada tarikh keramat 11.11 ini. 

Lazada_D11_MY

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Dato’ Khairul Anwar Salleh, “Alhamdulillah, kolaborasi kami bersama-sama dengan Lazada dalam menganjurkan Lazada 11.11 Super Show diteruskan untuk tahun yang ketiga. Dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sekarang, stesen TV akan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Keselamatan dan kesihatan individu yang terlibat diutamakan dahulu. Kami tidak melibatkan penonton, hanya krew produksi dan artis yang terlibat akan berada di lokasi serta mengikut penjarakan fizikal.”

“Kolaborasi strategik antara TV3 dan Lazada juga berjaya menjadi penanda aras baharu dalam membuka peluang kerjasama dengan jenama-jenama yang lain. Selain tawaran jaminan harga yang terendah, acara tahunan ini juga dihangatkan dengan persembahan penyanyi tanah air tersohor iaitu Anuar Zain dan Yuna! Jangan ketinggalan juga mengikuti Lazada Chief Discount Officer Show yang menampilkan Chief Discount Officer Lazada iaitu Ain Edruce, dengan tawaran terhangat eksklusif ke atas pelbagai barangan dan produk terpilih. Rancangan ini akan disiarkan secara langsung di saluran TV3 dan TV9, distrimkan di dalam aplikasi Lazada, Lazada YouTube, dan TV3 Facebook Live mulai 6:00 petang hingga 8:00 malam pada 11 November 2020,” tambah Dato’ Khairul lagi.

LAZADA Client Discount Officer ( Shaun _ Ain)

“Kami cukup teruja untuk berganding bahu dengan Media Prima buat kali ketiga untuk membawa Lazada 11.11 Super Show tahun ini. kami berasa amat gembira kerana lebih daripada seratus jenama antarabangsa dan tempatan telah memilih Lazada sebagai rakan e-Dagang eksklusif mereka untuk 11.11 kali ini, menawarkan diskaun terhebat merangkumi pelbagai kategori dan produk bagi kehendak dan kemahuan pengguna yang amat meluas. Ini menandakan peningkatan keyakinan terhadap platform kami, dan disebabkan kepercayaan jenama-jenama ini terhadap platform Lazada, kami dapat membawakan antara tawaran harga terendah, ‘dijamin’ tahun ini, yang disokong dengan jaminan pulangan wang 11 kali ganda* perbezaan harga. Menerusi ciri-ciri Shoppertainment kami yang berinovatif seperti Lazada 11.11 Super Show ini, kami ingin menghibur dan memberikan ganjaran kepada pembeli-belah, dan pada masa sama memperkasakan para peniaga kami sambil kita menantikan jualan Lazada 11.11 terbesar kami tahun ini,” kata Diana Boo, Ketua Pegawai Pemasaran Lazada Malaysia.

DSC00970 2

Lazada 11.11 Super Show membariskan persembahan hebat selebriti terkenal tanah air secara langsung di TV3, TV3 Malaysia YouTube dan juga aplikasi Lazada. Selain itu, penonton juga berpeluang untuk mengumpul baucar membeli-belah dan yang terbaharu pada tahun ini, memenangi sebuah kereta Nissan! Senarai jenama yang menyertai rancangan ini dan menampilkan tawaran terhebat masing-masing termasuklah Carlo Rino, Samsung, Photobook, Maybelline, SC Johnson’s Family Guard dan Nissan. Penganjuran Lazada Super Show 11.11 tahun ini dijangka akan menjadi penganjuran yang terbaik setakat ini. 

DSC00803 2

Malam 10 November ini dibuka dengan Lazada Super Show Glam, program 30 minit dari pukul 9.00 malam – 9.30 malam dengan menampilkan barisan artis yang membuat persembahan pada malam tersebut.  Selepas itu, tibalah masanya untuk penonton berhibur dengan Lazada 11.11 Super Show yang dihoskan oleh Haziq Hussni dan Sean LJE. 

Tirai rancangan gergasi ini dibuka dengan persembahan mantap oleh Adflin Shauki, Datuk Hans Isaac, Datuk Awie dan Adibah Noor (Mulanya Di Sini, Cuci, Bila Resah, Baik Punya Cilok). Seterusnya, rancangan ini digamatkan dengan persembahan nyanyian daripada G Nello, Somean, MK K-Clique feat AJ (Pulang), Aman Ra (Semangat Impian), Joe Flizzow feat Azlan & The Typewriter (Kuasa), Dato’ Jamal Abdillah (Penghujung Rindu / Aku Penghibur), Harith Zazman & Loca B (Cute), Nabila Razali (Pematah Hati / Vroom Vroom), Ismail Izzani (Ada Cara), Stacy (Pelangi Senja / Not For Sale / Jahat), Ernie Zakri & Syamel (Kaulah Segalanya), Hael Husaini & Dayang Nurfaizah (Lagenda), Anuar Zain (Keabadian Cinta), Sophia Liana & Budak Ngam (Dulu / Dynamite / How You Like That), dan persembahan penutup oleh Yuna (Crush / Dan Sebenarnya).

Selain itu, Lazada 11.11 Super Show juga menampilkan duta-duta jenama seperti Ismail Izzani, Nabila Razali, Mark Adam & Sean LJE untuk segmen Samsung, Riena Diana, Loca B & Douglas Lim untuk segmen Maybelline, Naim Daniel akan menyanyikan lagu Sempurna dan Sembah untuk segmen Carlo Rino, sketsa komedi oleh Shuk Sahar, Achey, Issey & Sophia Liana untuk segmen Photobook, serta segmen Lazada Chief Discount Officer oleh Ain Edruce, Shaun Stephen, Haziq Hussni dan Sean Lje. Barisan pelakon popular dari Kampung People 2 iaitu Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Hun Haqeem dan Kamarul Eqifshah juga tidak ketinggalan menjayakan segmen Family Guard. 

IMG_0656

Tepat 12.00 tengah malam, Lazada 11.11 Jualan Sehari Hari Terbesar dilancarkan oleh Diana Boo, Ketua Pegawai Pemasaran Lazada Malaysia bersama-sama dengan duta Lazada iaitu Ayda Jebat, Joey Leong, Ismail Izzani dan Sean LJE. 

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Lazada Chief Discount Officer Show di saluran TV3 dan TV9, distrimkan di dalam aplikasi Lazada, Lazada YouTube, dan TV3 Facebook Live mulai 6:00 petang hingga 8:00 malam pada 11 November 2020 dan membeli belah dengan harga-harga terendah di pasaran! Pada tahun ini, Lazada menjamin harga terendah atau jaminan pulangan wang 11 kali ganda* perbezaan harga. Layari www.lazada.com.my serta laman media sosial untuk dapatkan informasi lanjut tentang Lazada 11.11 Biggest One-Day Sale dan Lazada 11.11 Super Show! Gunakan tanda pagar  #LazadaSuperShowMY dan #LazadaBiggestOneDaySale untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

*tertakluk kepada terma & syarat

DSC01280 2
DSC01134

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Like & Unlike Foto Nur Fatima Aisya, Netizen Harap Neelofa Berbaik Dengan Fazura

Pandangan Tepi Pun Jadilah, Peminat Teruja Fazura Kongsi Foto Terkini Fatima Aisya