Jika dahulu kita boleh pergi ke mana sahaja yang kita mahu tetapi sekarang untuk kita bergerak perlukan kebenaran dan jika dibenarkan pun tidak boleh pergi ramai.
Pelakon popular kelahiran Singapura yang mencipta nama di Malaysia, Datuk Aaron Aziz memaklumkan bahawa ibunya telah meninggal dunia Sabtu lalu.
Menurut pelakon filem Ombak Rindu itu, ibunya Juriana Jaafar dimaklumkan terkena serangan jantung sebelum menghembuskan nafas yang terakhir di pusat perubatan swasta di Singapura.
Perkongsian beliau di Instagram mengundang sebak apabila hanya mampu melakukan solat jenazah buat Allahyarham seorang diri berikutan perlu mengikut arahan standard operating procedure (SOP yang ditetapkan akibat pandemik Covi1d-19 ketika ini.
“The pain of not being able to solat jenazah with your loved ones….only ALLAH knows…. Semoga ALLAH pelihara arwah Bonda tercinta ku dalam urusan nya di Alam Kubvr. Agar sejuk, lapang dan ditemani sesorang yg cantik dimana ia adalah Al-Quran yg Bonda sentiasa mengaji setiap hari sebelum dapati masalah mata… Allahummaghfirlaha warhamha wa ‘afihi wa’fuanha Love you Mummy. Forever n ever…”
– Aaron Aziz
Dalam perkongsian tersebut, beliau mengakui begitu sebak kerana insan-insan tersayang tidak dapat bersamanya melakukan solat jen4zah untuk ibu sebelum jen4zah dikebumikan.