Setelah mengadakan Prebiu Media, Grand Brilliance telah menganjurkan Malam Premiere atau Malam Pembukaan Filem Aku Tak Bodoh di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara pada 23 November lalu.
Filem komedi keluarga ini akan ditayangkan di pawagam mulai 2 Disember 2010.
Semasa pra tonton beberapa minggu lalu, pelakon cilik Rohaizat Hassan tidak dapat hadir. Jadi, untuk premiere beliau sanggup datang walaupun terpaksa terbang dari Miri, Sarawak. Selain Rohaizat, filem ini dijayakan oleh Ariel Zafrel. Riezman Khuzaimi, Amy Mastura, Namron, Adibah Noor, Datuk Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.
Rohaizat yang menggerak watak Roy juga turut hadir walaupun sekarang ini dia sedang sibuk menghadapi peperiksaan SPM. Tahniah, awak memang seorang yang berkomitmen tinggi.
Berbajet RM1.3 juta, filem diarahkan oleh Boris Boo manakala jalan cerita dioleh oleh Hassan Muthalib. Rasanya, ramai yang dah tahu, filem ni sebenarnya adaptasi dari filem I Not Stupid yang cukup terkenal di Singapura.
Tapi tak lah sama 100% dengan filem I Not Stupid kerana filem ini diolah dan disesuaikan dengan budaya, bahasa dan sensitiviti rakyat Malaysia. Cuma konsep asal sahaja yang dikekalkan.Sudah tentu persembahan atau gaya penyampaian filem ini cukup berbeza sebab pelakonnya adalah dari bangsa Melayu.
Aku Tak Bodoh berkisar Roy, 16, menjalani kehidupan yang sentiasa diikat dengan prinsip ibu bapanya. Sikap kedua orang tuanya lebih-lebih lagi gemar mengkritik dan tidak menghargai dirinya, menyebabkan Roy mula berkawan dengan sekumpulan remaja nakal.
Roy berasa cukup dihargai setelah bercampur dengan komuniti baru itu. Pada waktu sama, adik Roy, Jefri, 8, tersepit dalam dunia ciptaan sendiri kerana tiada siapa mempedulikannya.
Keadaan menjadi teruk apabila Roy dan Jefri sudah berani melakukan jenayah. Ibu bapa mereka yang terlalu marah bertindak memukul anak-anaknya tanpa belas kasihan. Ini menjadikan sikap Roy bertambah liar serta sukar dikawal.
Namun, segala-galanya berubah apabila ibu bapa Roy terbaca blog hasil nukilannya mengenai kisah hidupnya.
Tidak ketinggalan, ibu bapa mereka turut tersentak dengan pengakuan anak bongsu mereka, Jefri yang sebenarnya punya motif sendiri ketika bergelut dalam situasi menyalahi undang-undang itu.
Bagi mengetahui kesudahannya, jangan lupa saksikan filem itu.
Para pelakon remaja bersama penerbit dan pengarah
Ariel Zafrel atau nama sebenarnya Suhairil Bin Sunari ini dikatakan antara pelakon pelapis yang bakal mewarnai industri perfileman. Pernah menjadi pelakon extra dalam Kasut Tumit Tinggi, Kisah Kaisara, Senja Permai, KITA dan Misi Yaya.
Aeril bersama Rohaizat Bin Hassan (kanan).
Dua karakter berbeza tapi masih bersahabat baik dalam Aku Tak Bodoh
Rohaizat pernah menjadi pelakon extra Qalesya, Lembing dan Layang, Ramadhan Tanpamu dan Lukisan Kasih.
Wan Noor Aizat sanggup terbang jauh nun dari Miri, Sarawak sana,
Diyana Amira berusia 11 tahun jgk sama dgn Wan Nor Aizzat
Diyana Amira
Yang ni pula, Eddy Afro, seorang pelakon remaja yang juga bakal bergelar pengarah muda tak lama lagi.