in , ,

Tawaran Go Shop Sungguh Berbaloi untuk Pelanggan Sempena Ulang Tahun Ke-6

Go Shop, peneraju perniagaan beli-belah dari rumah dan e-dagang di Malaysia menyambut ulang tahun ke-6 dengan kempen #GoShopGreaterTogether, sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan atas sokongan mereka, dengan tawaran dan diskaun istimewa dari 31 Oktober hingga 13 Disember 2020.

Go Shop telah menganjurkan ‘6th Anniversary Live Party’ hari ini (31 Oktober) bersama hos-hos dan selebriti tempatan termasuk Datuk Aznil Haji NawawiDatin Fouziah GousLinda Onn dan Nad Zainal. Sambutan ini telah distrim melalui kesemua platform Go Shop termasuk ‘Facebook Live’ dan ‘YouTube Live’. Pelanggan-pelanggan menikmati tawaran eksklusif ulang tahun sepanjang satu hari, seperti Beli 1 Percuma 1Potongan Harga sehingga 50% dan Hadiah Bonus Percuma untuk beberapa perkakas rumah yang paling laris, peralatan dan barangan dapur, kecantikan dan produk-produk digital.

6.Virtual PC_Group Photo 2

Dr. Grace Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop berkata:

“Tahun ini, Go Shop menunjukkan perkembangan dan kami telah mencapai peningkatan pendapatan sebanyak 38% berbanding tempoh masa yang sama tahun lalu.

Tambahan pula, kami juga telah meningkatkan bilangan pelanggan kami sebanyak 31% sejak tahun lalu kepada 2.6 juta pelanggan. Kami berharap dapat melihat trend ini kekal berterusan. “

“Dengan asas yang kukuh untuk perjalanan transformasi digital kami, Go Shop dapat mengikut rentak perubahan dengan memperluaskan produk kesihatan dan kesejahteraan, serta menawarkan makan segar dan beku semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Makanan dan barangan dapur seterusnya meningkat ke 3 kategori pembelian tertinggi di Go Shop”.

“Kami komited untuk menyokong perniagaan tempatan dan salah satu daripada usaha kami untuk membantu Perniagaan Kecil Sederhana (PKS) merangkumi eBazaar semasa musim Hari Raya yang bertujuan membantu PKS dan Mikro-PKS dalam situasi yang mencabar ini.

Walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan, Go Shop bersama-sama dengan rakan kongsi dan pembekal kami, berkerjasama untuk mengatasi cabaran dan terus menyediakan barang keperluan kepada pelanggan kami,”

– Dr. Grace Lee.
3. Datuk Aznil Nawawi_Celebrity Host

Kempen ‘Go Shop 6th Anniversary’ akan menampilkan pelbagai tawaran dan diskaun menarik dari 31 Oktober hingga 13 Disember 2020. Pelanggan boleh menikmati Tawaran Mingguan EksklusifPotongan Harga sehingga 60% dan Produk di bawah RM60.

Di samping itu, Go Shop memberikan kupon bernilai RM600,000 di mana pelanggan dapat menikmati potongan RM20 dengan pembelian minimum sebanyak RM300, dengan kod promosi: ANNIVERSARY20.

Sementara itu, di aplikasi mudah alih Go Shop, pelanggan dapat mengambil bahagian dalam permainan mudah ‘Tap & Win’ untuk memenangi hadiah bernilai RM60,000 di mana dari 1 November – 12 Disember, 166 pemain terbaik setiap minggu akan memenangi hadiah.

Pelanggan juga dapat menikmati potongan harga eksklusif apabila mereka melakukan pembelian secara dalam talian dengan GrabPay, Standard Chartered dan Public Bank sepanjang tempoh kempen ini.

Di samping itu, mereka dapat menyertai Peraduan ‘Spend & Win’ dengan kerjasama GDEX dari sekarang hingga 25 November dan berpeluang memenangi sebuah TV 85” dengan Sistem Teater Rumah dan banyak lagi hadiah menarik bernilai sehingga RM60,000.

3. Spend _ Win Contest

Ikuti Go Shop setiap hari menerusi Astro (saluran 118), (saluran 120) dan (saluran 111) untuk siaran Bahasa Malaysia atau (saluran 303) untuk siaran Bahasa Mandarin, dan dapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran ‘Go Shop 6th Anniversary’ dan pelbagai tawaran lain. Go Shop juga boleh dinikmati di MYTV (saluran 120). Layari Go Shop di www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store.

2. Tap _ Win Game
6. Sufian _ Ashwad
3. Linda Onn _ Syakirin
1. Datuk Aznil _ Rai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Perkongsian Uniknya Lenggong dalam Program PANORAMA Tarik Lebih Ramai Pengunjung

ntv7 Lalui Perubahan Secara Berperingkat