Alahai, Budiey pun tak tahu nak cakap apa. Masuk ni dah dua tahun berturut-turut kan nama Dato’ Siti Nurhaliza ada dalam senarai pencalonan Shout! Awards? Tapi tak pernah nama penyanyi terkenal ini dilaungkan sebagai pemenang. Puas jugak Budiey buat kajian, mengapa Siti Nurhaliza tak menang atau perkataan tepatnya… kalah masa Shout Awards. Sebenarnya, Budiey turut frust aka kecewa sebab penyanyi pujaan ramai ini tak berjaya sebagai pemenang.
Survey punya survey, rupanya anugerah Shout Awards ni memang sangat kebal dengan konsep urbannya. Ya, urban. Sebab urban, Siti tak menang? Padahal rata-rata, peminat Siti tak henti-henti menyokong dengan mengundi nama beliau. Artis indie yang pada dasarnya terkenal dengan muzik yang ‘in’, cool dan sebagainya memang senang nak menang. Tengoklah sendiri dengan kemenangan mudah oleh Yuna. Mungkin muzik Yuna digemari oleh para pengundi dan peminat Siti tak cukup untuk mengalahkan jutaan pengundi yang rata-rata suka dengan muzik yang trend dan urban. Bukan niat nak cakap muzik Siti tak urban, tapi rasanya kalau nak kalahkan keupayaan pengundi di luar sana, rasanya tak dapat.
Jadi, tahun depan macamana pula? Adakah Siti Nurhaliza akan tercalon lagi. Dahlah Siti dah tak bertanding di ABP. AIM pulak nak kena ada album baru. So… mmm… beberapa suara kedengaran, populariti Siti dah jatuh. Tapi bagi Budiey, rasanya kalau nak ukur tentang kejatuhan, baik jangan diukur dari menang atau kalah tapi ukurlah dengan bakatnya yang kekal bersemadi di hati peminat.
Budiey perhatikan setelah kedua-dua kategori yang ada nama Siti diumumkan, beliau bersama pengurusnya, Kak Rozie tak kelihatan di tempat duduk asal di mana Dato’ Siti Nurhaliza ditempatkan bersebelahan dengan Iyaz.
Eh, ramai yang cakap Iyaz ni memang down to earth. Tak macam artis jemputan dari antarabangsa tahun lepas, Sean Kingston tu. Memang Iyaz ni sempoi je. Mesra pulak tu.
Ni gambar candid Siti Nurhaliza di Stadium Putra Bukit Jalil. Untuk pengetahuan, semasa purple carpet berlangsung, Budiey tak nampak pun Siti lalu. Jadi, Budiey sempat snap beberapa gambar ni. Ala-ala paparazi pulak kan.