“Imej lucah itu BUKAN saya!” – Ida Nerina
Ida Nerina telah pun mengulas tentang gambar seksi dan video klip lucah memaparkan aksi seks bersama lelaki yang disebarkan melalui internet dan email baru-baru ini SEBENARNYA bukan gambar dan video klip miliknya. Sekali lagi Budiey tekankan, BUKAN milik Ida Nerina!
Ketika pertemuan bersama media wartawan di Majlis Pra Tonton Filem Anak lakonannya bersama Erra Fazira, semalam (18 Februari 2008), Ida Nerina diasak oleh pertanyaan tentang isu hangat ini dan menolak dakwaan tersebut.
“Saya tak tergamak. Tak masuk akal imej dalam video itu adalah saya.” Menurut Ida Nerina dia tak tergamak melakukan perkara sekeji itu danmengganggap ia bukan baru kerana ramai rakan artis lain seperti Ella, Jojie dan Fazura pernah menjadi mangsa sebelum ini.
Ida Nerina yang sudah 15 tahun berlakon filem dan drama sangat kecewa apabila ada pihak seperti blogger dan pengendali laman web lucah yang mengambil kesempatan menyebar klip video atau gambar dengan meletakkan namanya dengan harapan dapat memperoleh rating dan pengunjung yang tinggi.
Blog Ida Nerina juga turut menjadi tumpuan peminat apabila isu ini tercetus sehingga mendapat pelawat mencecah sehingga 40 ribu orang dalam masa tiga bulan. Ramai peminat yang marah dan melemparkan kata-kata kesat kepada pelakon yang pernah menggondol anugerah di Festical Filem ini.
“Pastinya orang yang melakukan kerja itu tidak berfikir panjang dan tidak waras. Jika tidak, mereka tidak akan buat fitnah sebegini. Saya minta peminat diluar sana tidak mempercayai semua gambar dan video klip itu. Itu bukan saya!”
Ida Nerina sedang berbincang dengan peguam berhubung dengan keputusan membuat laporan polis membabitkan isu penyebaran klip video lucah tersebut yang diedarkan melalui email dan disiarkan di laman blog.
Untuk pengetahuan, Budiey pernah menyiarkan gambar gadis yang menyerupai Ida Nerina memakai bikini warna putih namun tidak pernah menyiarkan video klip video tersebut di Sensasi Selebriti.
Filem ANAK lakonan Ida Nerina akan menemui korang semua mulai 21 Februari 2008. Jom tonton! Memang seram! Budiey dah tontonnya! Hati-hati kepada perempuan yang dah hamil apabila menonton filem seram nih! Nak tahu sebab apa, kenalah tengok sendiri!
[tags]isu ida nerina, gambar ida nerina, ulasan filem anak, cinta, anugerah ida nerina, video klip lucah, lelaki dan tips[/tags]