in ,

Ulasan Konsert Akademi Fantasia 5 Untuk Minggu Pertama

Sebelum apa-apa, terima kasih kepada rakan blogger, Mr. Manager & Klubbkidd kerana memberi tempat duduk yang selesa untuk saya mengikuti konsert malam tadi.

Sekadar menjadi pemerhati di Konsert Akademi Fantasia minggu pertama, mulanya saya teruja sekali untuk melihat satu persembahan yang maha gempak. Tapi, malangnya inikah yang dihidangkan untuk penonton setelah berminggu-minggu menjalani ujibakat serata negeri semata-mata ingin mencari penyanyi dan star yang terbaik…?

Pada saya, keseluruhan persembahan pelajar tidak mencapai standard AF sebelum ini. Jauh berbeza walaupun saya akui ada beberapa pelajar yang mempunyai aura dan keunikan tersendiri seperti Dafi, Shawal, Candy, Ebi dan Heliza.

Apa-apa pun, konsert pertama bukan pengukuran sebenar kerana perjalanan baru bermula dan masih jauh. Banyak lagi kontroversi, isu dan cerita baru yang akan timbul… itu kita kena lihatlah bagaimana. Konsert pertama hanya satu ujian ‘test power’ buat pelajar.

Bukan satu medan untuk mengerah segala tenaga dan buat ‘all out’. Persembahan ada yang macam tahap show budak sekolah menengah. Tidak keterlaluan saya kata, ada yang hancur sangat-sangat.

Saya geram dengan Dekna yang hanya nampak hebat dalam Diari tapi persembahan untuk lagu Tanpamu nampak kosong dan tidak bermaya. Dalam Diari beria-ia ajar kawan-kawan dia menari dan ajar camna nak buat showmanship semua, tapi diri sendiri terabai.

Mungkin konsert malam tadi adalah penampilan mereka yang pertama di khalayak, membuat mereka tidak all out, nampak gementar dan ada darah gemuruh. Seolah pengajaran tenaga pengajar dan pakar motivasi tidak dipraktik oleh pelajar. Pembelajaran mereka tidak mencapai sebarang hasil yang boleh dibanggakan.

Sedih, busuk dan menghampakan. Tiga perkataan ini sudah cukup untuk membuktikan Akademi Fantasia yang diwar-warkan akan mengembalikan semula fenomena baru yang lebih gempak katanya tidak berjaya menambat hati penonton. Malah mengundang ketidakpuasan yang akhirnya mencalar hip & aura Akademi Fantasia pada peringkat awal.

Mutu muzik minus one yang setaraf dengan karaoke banyak mengundang kekecewaan dan kemarahan penonton. Malah, mutu untuk nada dering telefon bimbit polifonik berpuluh kali ganda lebih sedap dari minus one untuk Konsert 1.

Cukuplah untuk konsert ini sahaja. Harapan saya, semoga apa yang dikritik oleh penonton diperbaiki. Mereka ada hak untuk meminta yang terbaik untuk kepuasan sebagai pelanggan astro dan pengundi SMS yang menjadi salah satu lubuk emas astro. Letak je live band, kasi gempak sikit. Baru penonton syiok dan hantar undian SMS banyak-banyak untuk astro.

Mungkin produksi sengaja tidak menunjukkan persembahan dalam Diari untuk menimbulkan rasa teruja. Penonton pun tidak tahu bagaimana bentuk persembahan sebenar. Dan akhirnya kita tahu, apa yang berlaku tidak sepertimana yang kita harapkan.

AF kali ini seolah-olah menjadi medan peragaaan di mana pelajar diberi peluang untuk menukar baju 2-3 kali. Wah! Banyak juga peruntukan dan sponsor untuk pakaian sehingga terlupa ada perkara yang lebih penting tidak dititik beratkan.

Jauh lebih penting saya rasa, mutu muzik perlu diselamatkan sebelum ianya menjadi lebih parah. Tidak pernah berlaku dalam sejarah AF di mana penonton tidak berpuas hati dengan mutu muzik. Realitinya, ini berlaku pada musim ini… Kembalikan mutu seperti mana yang telah dibuat oleh Sham Kamikaze atau Ramli MS sebelum ini. Pulangkan…

Musim ini, penonton akan dibosankan sebab terpaksa mendengar kritikan dari 3 orang pengkritik tetap. Pemilihan Ogy Ahmad Daud satu pilihan yang bijak. Saya suka dengan sikap terus terang, kelantangan dan ketegasan Kak Ogy. Namun, kadang-kadang dengar dia melaser tu sakit jugak telinga.

Berbanding dengan Hattan yang lebih fokus kepada lontaran vokal dan nampak agak garang. Suka tengok Hattan buat mimik muka yang kekadang tu melucukan. Tidak seperti Fauziah Latif (Paula Abdul versi Malaysia?) yang banyak memuji, serius dan kritikan yang tidak spesifik. Perasan tak? AF kali ini diserap dengan aura dari Malaysian Idol? Hehe, sendiri mau ingat lah.

Ramai juga selebriti yang hadir untuk memberi sokongan. Antaranya, Fazli Zainal, Reza AF3, Diddy AF4, Nana, Velvet, Farhan dan ramai lagi la. Juara Raja Lawak, Yus dan member-member Raja Lawak yang lain pun ada jugok.

Medan untuk memperagakan fesyen. Yang ni nampak seksi sikit sebab gaya potongan berkemban. Corak batik urban itu juga sesuai untuk bersantai di tepi pantai selain pergi membeli dan membelah di Uptown Damansara.

Kemunculan Dekna menerima tepukan gemuruh. Namun, masih tidak boleh lawan dengan sorakan untuk Aizat. Hampir 1/3 penonton dalam dewan menjadi pasukan sorak untuk Aizat. Undian Aizat pun agak tinggi? Mengapa ramai orang suka Aizat? Apa keistimewaan budak chubby tu? Adakah suara yang jantannya atau kerana hidungnya yang unik itu?

Aizat yang hanya pandai cekak pinggang. Gerakan tubuh dia tidak nampak natural. Walaupun nampak sempoi, lucu dan lain dari pelajar lain, gaya Aizat seolah hilang arah. Masih ada darah gemuruh ke? Nampak macam tercungap-cungap walaupun kena berjalan tak kurang sedepa?

Ini dia model-model kita, pilihlah yang mana satu. Tapi sah-sah lah muka si Dafi yang kiut miut tu korang pilih kan?

Siapa yang tentukan fesyen budak Aizat ni? Jasmi Rejab ke? Wah memang kena ek? Kena sangat le tu! Genre lagu rock, pastu pakaian dia nampak cam hip hop atau lebih tepat sesuai untuk pemain basketball jeh, apa kes nih? Kalau betullah si Jasmi yang pakai spek hitam malam2 buta tu yang tentukan, kira power gila lah si Jasmi ni kan?

Saje nak buat caca marba ek? Respek tul kat dia. Kalau takde stok baju besar, boleh pergi beli kat Giant Taman Permata. Ada sebuah kedai BOSS kat situ. Ntah apa-apa promote lak.

Persembahan Aizat untuk lagu Pangeran Cinta jelas nampak terlalu dibuat-buat walaupun Aizat nampak cam enjoy, happy go lucky dengan gaya-gaya rocker jalan hulur ke hilir, depan dan belakang. Masih tidak all out, tiada energetik sebab cepat mengah, nampak malu dan segan, takut-takut untuk mencuba. Apa-apa pun, vokal Aizat memang ada suara garau-garau husky yang boleh cuba dipasarkan.

Di luar TV, Dafi ni nampak lebih cute dan jamboo. Memang telan air liur la perempuan kat luar sana. Tak heranlah, undian SMS untuk Dafi memang melambung-lambung. Tapi sayang, show Dafi untuk lagu Uptown Girls macam show budak sekolah. Lembik, takde power, tarian tidak sharp dan cover macho. Vokal tidak berapa out standing. Tapi Dafi nampak enjoy dan murah dengan senyuman. Manis le tu.

Nampak Dafi cam tak selesa untuk memegang penari tu… mungkin boleh diganti dengan penari lelaki. Ops!

Masa persembahan Afiq dengan lagu dari Sofaz yang menjadi favorite Nana, Ini Janjiku. Terang-terang Afiq tak boleh feel dan tidak ada penghayatan sebab muzik yang mendatar cam tuh atau tak lah sebab apa. Kesian betul dia jadi sumbang dan permulaannya memang hancur. Hambar dan tawar!

Okle.. show yang OK gak la… no komen…

Diya, bunyi nama pun dah ada komersial. Ada pakej lengkap dengan wajah yang cantik dan suara yang sedap dan besar. Persembahan Diya tidak konsisten. Tidak all out. Mendatar dan tidak ada improvisasi. Kesian Diya, disingkirkan dari AF minggu ini. Bakat Diya boleh digilap lagi.

Ni rock m***l ke apa nih? Ooo… tengah kasi power kat Farha. Patutla show Farha jadi macam show kanak-kanak ribena sebab kena penangan power budak-budak nih. Genre rock lagu ini memang kena dengan gaya Farha yang nampak rocker dengan menghangguk-hangguk kepala.

Suka dengan tone Farha yang husky dan kasar. Suara Farha lantang dan punya keunikan tersendiri. Sayang sekali, impak persembahan tidak berapa ganas dengan hangguk kepala cam tu. Macam takde stail yang lain. Si Heliza je kontrol tak boleh buat macam member-member lain buat. Aizat terover kat situ lak. Lawak je tengok Aizat buat gaya riang ria cuti sekolah macam tu.

Ebi terlalu tangkap leleh dan lembik, tidak bermaya membawa lagu Milik Siapakah Gadis Ini. Dikritik sakan oleh Kak Ogy mengatakan Ebi silap menafsir lagu. Rasanya dah Ok le tu dia buat muka sedih cam tu, sebab untuk mewakili keseluruhan show yang memang dah sedih.

Dekna, Dekna… Geram betul dengan minah Penang sorang ni. Attitude lagu ini dibuat dengan ala kadar je. Macam lepas batuk ditangga. Dekna malas, tidak ada tenaga.. itu kata Kak Ogy. Tak macam dalam Diari. Dekna nampak lebih ganas dan lebih menonjol dalam siaran Diari. Siap boleh mengajar kawan-kawan dia lagi. Nafas masih tercungap-cungap sebab kurang stamina. Featuring Afiq, Dekna berjaya berinteraksi dengan baik dengan Afiq tapi tidak berjaya berinteraksi dengan penonton di rumah.

Suara serak-serak basah milik Shawal mengingatkan saya pada Diddy AF4. Kategori yang sama. Ton yang boleh dijual. Kesian dia sakit tekak sampai berdarah bernanah semua tapi tak kena kuarantin. Pembawaan yang sederhana Shawal masih kurang menyengat. Hambar. Shawal dah cuba tunjukkan yang terbaik namun masih tidak memberi kepuasan optimum. Layu cam tak cukup air. Tak pe esok masih ada untuk menyiram.

Masalah besar Candy satu je. Sebutan tidak berapa betul dan buat penonton tidak faham. Kecuali diberikan lirik, barulah faham apa yang disebut oleh Candy. Pronounciation ni rasanya ada diajar masa dalam akademi oleh guru yang berkaliber tu. Lupalah apa nama dia. Kalau kes-kes camni, kena panggil cikgu Fadley ni, kasi ajar ini budak speaking London.

Istimewa Candy, ton suaranya memang gempak dan lantang, tak padan dengan tubuh Candy yang kecil munggil itu. Nanti boleh cuba lagu-lagu Melayu lak lepas ni. Mesti power.

Rizal nampak macam terlalu terseksa. Satu lagi show yang hambar dan mendatar. Tidak ada gaya penceritaan dan tidak ada klimaks. Gerakan yang amat terbatas, seolah lagu cam ni sesuai berdiri di satu tempat sahaja. Lesulah! Memang masalah besar sangat bila Rizal dikatakan punya masalah pitching. Mmm… tak pe masa masih ada. Belajarlah betul-betul selagi orang kasi peluang.

Gaya Noni mengingatkan saya pada Farah AF2. Cabaran untuk lagu Tidak Ada Logika ini, Noni kena tunjukkan attitude yang lebih. Tapi apa Noni buat masa tak cukup ramuan. Lagu ini kena ada karakter yang keras, lebih lantang, tegar dan lincah. Noni nampak berkira-kira dan terlalu berhati-hati dan persembahannya nampak terbatas. Sampai si Dafi tu tersasul lak masa nyanyi back up. Habis kena sorak.

Kagum dengan kebolehan Heliza melakukan improvisasi dalam lagu Kau Pergi Jua. Suara Heliza sebenarnya biasa-biasa sahaja, namun kerana pelajar lain tidak berapa sedap, maka penonton semacam tidak ada orang lain untuk dibuat standing ovation. Falsetto yang dibuat dalam minit terakhir tidak berapa menjadi. Apa-apa pun saya suka dengan gaya dan jati diri Heliza. Gadis dari Terengganu ini antara pelajar yang nampak cool dan matang masa menyingkiran Diya. Rasanya, konsert pertama ini banyak memberi impak untuk Heliza menerima banyak sokongan daripada peminat.

Persembahan Fatin sedang-sedang sahaja. Mendatar. Takde apa yang menarik sangat.

Ke garisan semua…

MENUJU PUNCAK:
Persembahan lagu Menuju Puncak yang disuntik nafas baru nampak berserabut. Banyak yang spoil. Hancur. Aizat ada tertinggal step. Nak tengok diorang ni perform dengan lebih syncronize memang susah sangat. Tak pe lah. Faham-faham la, ini minggu pertama. Berilah mereka ni peluang. Minggu depan harap diorang ni akan lebih mantap. Pasal konsep lagu baru tu, rasanya patut kekalkan sebab lagu lama lebih ada nostalgia dan value atau nilai tersendiri. Lagi pun, lagu Menuju Puncak versi baru ni tak berapa sedap.

PENYINGKIRAN: PERGI TAK KEMBALI
Skema baru, pelajar yang dikeluarkan tidak diberi hak keizinan untuk datang ke Konsert lagi selepas ini. Malah, pada malam tadi, Diya terkeluar terus dihantarnya pulang. Kesian sungguh. Macam The Apprentice lak kan? Ketiadaan Zana menyelamatkan Ebi dan Mila. Nasib baik. Zana telah tarik diri sebab terlalu stress dan tertekan dalam Akademi Fantasia.

PILIHAN SENSASI SELEBRITI:

  1. Heliza – Kau Pergi Jua
  2. Farha – Balada Pemuzik Jalanan
  3. Candy – Ka-ching
  4. Shawal – Harapan
  5. Aizat – Pangeran Cinta

Nota: Dunia blog di Malaysia ni masih tertutup dan sempit. Masih bersifat picisan, tidak matang dan sebab itu dianggap sesuatu yang kotor kerana terlalu lantang menyebarkan kemiskinan minda bangsa sendiri. Sebab itu, penulis blog tidak akan diiktiraf untuk memasuki gerbang media mainstream. So, kena respek pendapat orang jugak. Tak semua yang kita kata tu betul dan tidak semua yang kita anggap salah itu betul.

Oklah, lepas ni rasanya nak fokus kat Gangstarz la pulok. Malam ini siaran langsung Gangstarz bertindih dengan siaran Diari AF jam 9 malam. Yang mana satu pilihan anda?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sebalik Tabir Pembikinan Filem CHERMIN

Profile Para Pelakon Penggerak Utama Filem CHERMIN