in ,

Khas Vaisakhi, Filem Romantik Komedi Punjabi bertajuk Goreya Nu Daffa Karo

Walaupun masyarakat Sikh tidak sebesar masyakat lain di Malaysia, Vaisakhi masih lagi disambut pada setiap tahun secara besar-besaran dan harmoni. Ia merupakan perayaan keagamaan bagi memperingati asal-usul Sikh, tetapi setelah sekian lama, evolusi budaya di dalam negara pelbagai kaum di Malaysia telah mengubahnya menjadi festival yang unik berbanding perayaan lain di seluruh dunia.

Justeru dalam memeriahkan sambutan ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan filem romantik komedi Punjabi, “Goreya Nu Daffa Karo” arahan pengarah muda Pankaj Batra lakonan Amrinder Gill, Amrit Maghera, Yograj Singh, Aman Khatkar, Binnu Dhillon dan Rana Ranbir pada 13 April ini, pukul 2.30 petang di TV2.

Ia mengisahkan perjalanan cerita bermula dari sebuah kampung Punjab hingga sampai ke Kanada. Dengan permulaan yang menarik, filem ini menonjolkan sisi komedi, tetapi pengarah tidak menggunakan apa-apa muslihat komedi murah untuk menghiburkan penonton. Situasi yang kemudiannya mampu menambah humor dalam filem ini. 

goreyan-nu-daffa-karo-2a

Kisah seorang lelaki tua yang berasal dari sebuah perkampungan kecil di Punjab mempunyai sejarah hitam dengan beberapa warga asing dan situasi menimbulkan kebencian di hatinya terhadap semua warga asing. 

Disebabkan dia gagal untuk membalas dendam kematian ayahnya, dia bertindak balas dengan cara yang ganjil. Jika datuknya anti terhadap semua orang asing, cucunya pula jatuh cinta dengan seorang gadis asing. Situasi yang sepatutnya menjadi tegang, tetapi ternyata sebaliknya menjadi lucu dalam filem ini.

Roop (Aman Khatkar) yang belajar di luar negara, pulang ke rumah dan berterus-terang kepada saudaranya Kala (Amrinder Gill) bahawa dia jatuh cinta terhadap Julia, gadis kelahiran Kanada dan mahu mengahwininya. 

Lantas ternyata pendedahan ini membawa kekecohan dalam filem ini dan kekal sehingga klimaks. 

Kala pula seorang lelaki yang baik dan jujur mahu membantu memenuhi hasrat saudaranya. Dia berdepan dilema untuk menyakinkan datuknya untuk mempersetujui perkahwinan itu pada masa sama memenuhi hasrat datuknya. 

Sementara itu, Kala jatuh cinta dengan Alisha yang melawat India untuk melihat rumah Roop ini. Sekarang kedua-dua adik-beradik berkahwin dengan orang yang tersayang dan dengan itu datuk juga berhenti bencinya. 

Saksikan kesudahan filem tahun 2014 yang menyorot sempadan yang melintasi apabila hubungan yang berkembang antara dua orang daripada budaya dan negara yang berbeza ini.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

5 Perkara Yang Kena Elak Apabila Korang Putus Cinta

Qalisya Protege Tomok Tersingkir di Konsert Battle Keenam Mentor Milenia 2017