in

TV3 & AWP REALISASIKAN IMPIAN INDAH PENGANTIN LEUKEMIA

TV3 & AWP REALISASIKAN IMPIAN INDAH PENGANTIN LEUKEMIA

Setiap wanita pastinya impikan majlis perkahwinan yang gilang-gemilang lagi indah sebagai pengikat kasih di atas percintaan dengan jejaka idaman masing-masing. Namun, tidak semua pasangan bernasib baik dan mampu untuk menganjurkan sebuah majlis yang diidamkan selama ini.

Mungkin ada yang mengalami masalah kewangan yang tidak cukup ataupun menghadapi kesulitan untuk membuat persediaan dalam masa yang singkat tanpa sokongan dan bantuan daripada pakar perunding dan keluarga. Uniknya, TV3 dengan bekerjasama Association of Wedding Professionals (AWP) Malaysia telah melancarkan Kempen Mahligai Impian bermula Julai untuk membantu merealisasikan impian perkahwinan bagi pasangan yang menghidap penyakit kanser ataupun cacat anggota badan seperti pemenang bertuah, Oliver Oh dan tunangnya Michelle Lee yang kini mengidap penyakit leukemia.

holding_hands1

Selepas hampir 5 bulan tempoh penyertaan dibuka, serentak dengan siaran program bual bicara Wanita hari Ini (WHI) pada hari ini, TV3 dan AWP selaku penganjur dengan bangganya mengumumkan tentang pemilihan pasangan Michelle Lee Ching Yu (29 tahun) dan Oliver Julian Oh Jie (26 tahun) sebagai pemenang bertuah Kempen Mahligai Impian yang julung-julung kali diadakan ini. Berjaya memenangi satu pakej perkahwinan yang dikendali dan ditaja sepenuhnya oleh AWP bernilai RM100,000.

Pasangan ini bakal diraikan di dalam sebuah majlis perkahwinan yang meriah berdasarkan impian Michelle bertempat di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC). Michelle telah memilih 25 November 2010 sebagai tarikh keramat permulaan kehidupannya bergelar raja sehari.

Sakit tidak bermakna boleh menjadi penghalang kepada kunci kebahagiaan Michelle yang telah bertahun menghidap leukemia dan sehingga kini masih menjalani rawatan terapi di Subang Jaya Medical Centre. Setelah 7 tahun menjalin kasih, Michelle dan Oliver telah pun mendaftarkan status perkahwinan mereka pada 20 Oktober 2010 dan kini sah menjadi suami isteri selepas menjalani upacar ringkas ikrar sumpah di gereja.

MI3 test

Namun begitu, Michelle masih menyimpan hasrat untuk meraikan hari bahagianya bersama Oliver di dalam sebuah majlis perkahwinan yang ringkas tetapi meriah dan dihadiri oleh kedua keluarga terdekat, saudara mara dan sahabat handai.

Siapa sangka, dengan hanya menghantar penyertaan melalui Kempen Mahligai Impian, hasrat murni Michelle dan Oliver akhirnya bakal terlaksana. Bagi mereka yang teruja untuk mengikuti kisah percintaan dan menyaksikan keindahan majlis perkahwinan Michelle dan Oliver, TV3 bakal menyiarkan sisipan di sebalik tabir dan kisah unik pasangan ini menerusi program “Cerita Cinta” pada 8 Disember 2010, hari Rabu jam 11.30pagi.

Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama TV3 & TV9, “TV3 sangat bertuah dapat berkerjasama dengan AWP menerusi inisiatif dalam menyediakan peluang untuk meraikan mereka yang kurang bernasib baik. Selain itu, kami turut menerbitkan sebuah episod khas tentang perkahwinan pasangan Michelle dan Oliver dalam program Cerita Cinta supaya menjadi iktibar kepada para penonton untuk sentiasa berfikiran positif dan tidak mudah mengalah kepada apa jua keadaan.”

Antara pakej perkahwinan yang telah diberikan kepada Michelle dan Oliver adalah seperti pakej perunding perkahwinan professional dari Events Wizard & Nuptsandsuch, tajaan busana pengantin dari That.

Special Occasion & Bespoked, tajaan pakej fotografi dari Rintis Images, tajaan dandanan & solekan dari Beauty Haven, Bridal Glam dan Michelle Touche, tajaan “pre wedding” fotografi dari Covershots, tajaan videografi perkahwinan dari Beezworks, tajaan cincin perkahwinan dari Radiance Diamond, tajaan dekorasi perkahwinan dari La Flaire, dan juga tajaan kelengkapan perkahwinan daripada Acadia, The Olive Branch, Zach Chin Photography, The Wedding Card Shop, One Red Lily, Janet Lee, Xocolati dan Veralyne.

Kecekalan Michelle dalam bertarung dengan penyakit leukimia sejak tahun 2008 boleh menjadi ikhtibar dan dijadikan pencetus semangat untuk bakal pengantin yang mungkin mengalami nasib yang hampir serupa. Ikuti perjalanan dan kisah suka-duka Oliver dan Michelle yang akhirnya berakhir di jinjang pelamin menerusi program Cerita Cinta pada 8 Disember 2010 jam 11.30pagi di TV3.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Photos Lin Yu Chun Launching Yes 4G Malaysia

TV3’S SPECIAL HOLIDAY TREATS FOR THE KIDS