Larian itu dilakukan di kawasan berbukit sebelum beliau kembali bertugas di pejabat. Tengku Zafrul bersyukur kerana selepas 14 hari kuarantin di rumah keputusan saringan Covid-19 yang terbaharu adalah positif.
“Larian pertama di luar rumah sejak kuarantin kendiri selama 14 hari. Alhamdulillah, keputusan saringan kesihatan terakhir adalah negatif.
“Larian hari ini di kawasan berbukit dengan elevation”. Bagus untuk kesihatan jantung dan stamina. It’s good to be back.
“Akan ke pejabat sebentar lagi untuk urusan kementerian setelah sekian lama bekerja di rumah.
“Terima kasih kepada rakan kerja di MOF (Kementerian Kewangan Malaysia) yang memberi sokongan dalam tempoh yang kritikal ini, lebih-lebih lagi dengan persediaan Belanjawan 2021,” – Datuk Seri Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut, beliau berkongsi foto ketika selesai melakukan larian tersebut. Dalam foto itu menunjukkan dirinya berlari sejauh 11km hanya dalam tempoh 1 jam 8 minit.
Kebanyakkan pengikut laman sosial itu mengucapkan selamat kembali bertugas buat menteri kewangan yang memang terkenal dengan gaya hidup sihat. Malah ada juga yang memuji kecergasan Tengku Zafrul yang suka mengamalkan aktiviti sihat.