in , ,

Izzue Islam Kasi Tips Elak Ditipu Scammer, Guna Aplikasi SEMAK MULE dari PDRM

Sekarang ni kita dapat lihat ramai yang kongsi dan viralkan video scammer. Macau Scam ini perlu dibanteras dengan memberikan informasi kepada masyarakat. Isu ini heboh diperkatakan setelah beberapa selebriti turut dipanggil oleh SPRM untuk disiasat.

Kecanggihan teknologi banyak membantu kita dalam menyelesaikan masalah seharian. Semuanya di hujung jari. Namun, penyalahgunaan teknologi ini menyebabkan berlakunya jenayah siber seperti sindiket Macau Scam yang kecoh diperkatakan sekarang.

Untuk itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah membangunkan aplikasi Semak Mule bagi membolehkan pengguna membuat semakan ke atas pemilik akaun bank dan nombor telefon yang mempunyai rekod jenayah penipuan (scammer). 

Izzue Islam Kasi Tips Elak Ditipu Scammer, Guna Aplikasi SEMAK MULE dari PDRM

Pelakon Izzue Islam melihat aplikasi ini sangat bermanfaat kepada selebriti dan orang awam dalam mencegah jenayah siber ini. 

“Kalau dulu, agak sukar kita nak mengesan Scammer. Namun dengan adanya aplikasi Semak Mule dari PDRM, ia banyak membantu kita untuk mengelak jadi mangsa penipuan terutamanya ketika membeli barangan dalam talian.

“Semak Mule membolehkan kita menyemak akaun bank dan nombor telefon yang mempunyai rekod jenayah secara sahih.

“Kita semua boleh akses aplikasi ini di mana jua  berada untuk membuat semakan awal sebelum kite menjadi mangsa penipuan.

“Pendek kata, aplikasi Semak Mule ini adalah sebagai platform yang boleh digunakan untuk membuat semakan awal sebelum menjadi mangsa penipuan,”

– Izzue Islam
Izzue Islam Kasi Tips Elak Ditipu Scammer, Guna Aplikasi SEMAK MULE dari PDRM

Orang ramai boleh membuat semakan dengan melayari Portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia, https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ atau memuat turun aplikasi Semak Mule CCID melalui Google Play Store. 

Cara membuat semakan nombor akaun bank scammer yang ada dalam pangkalan data PDRM, adalah dengan melayari portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM iaitu http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/

Orang ramai yang ingin menggunakan aplikasi ini boleh memuat turun Semak Mule di platform Google Playstore.

Gunalah aplikasi Semak Mule. Elakkan jadi mangsa penipuan siber terutamanya ketika urusan pembelian dan pembayaran dalam talian. –

*Sumber: WILAYAHKU

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Rangkaian Pawagam Ketiga Terbesar Malaysia, MBO Cinemas Bakal Ditutup?

Netizen Masih Ungkit, Sarah Hildebrand Nafi Dakwaan Bakar Tudung Naelofar