Pada jam 11 pagi tadi telah berlangsung sidang media pengumuman pertunangan Mizz Nina dan Noh Hujan yang diadakan di Restoran Sri Melayu. Kemunculan mereka dinantikan oleh media yang ada di antara mereka sudah pun mengetahui tentang mereka sudah pun bertunang pada hari Sabtu, 6 November 2010 yang lalu.
Berita tentang ura-ura mereka sudah pun bertunang pada 6 Nov disiarkan di portal dan juga media. Mizz Nina dan Noh mengesahkan berita tersebut dan majlis tersebut dibuat secara tertutup atas permintaan keluarga kedua belah pihak.
Majlis pertunangan itu berlangsung di rumah keluarga Mizz Nina di Ampang dan turut dihadiri oleh keluarga Noh yg terbang dari Miri, Sarawak. Hanya lebih kurang 50 tetamu hadir.
Jadi, Budiey di sini ingin mengucapkan tahniah kepada kedua selebriti ini kerana telah pun mengikat tali pertunangan. Semoga mereka juga akan dijodohkan dan bahagia hingga ke jinjang pelamin.
Mizz Nina dan Noh Hujan muncul dengan mengenakan busana yang sama dipakai sewaktu majlis pertunangan.
Pasangan ini telah mengumumkan tarikh perkahwinan mereka iaitu pada 1 Julai 2011. Majlis persandingan tertutup yang akan dihadiri oleh tetamu kenamaan, sahabat dan keluarga terdekat akan berlangsung pada 3 Julai 2011 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Majlis resepsi untuk teman media dan kenalan dalam industri akan diadakan pada 6 Julai di Doubletree, Hilton Kuala Lumpur.
Mereka memilih tema klasik hitam dan putih sebagai konsep majlis pernikahan. Untuk majlis persandingan pula akan ditentukan oleh pihak keluarga.
Semasa Budiey bertemu Noh Hujan di sidang media pelancaran Kawanku Bintang minggu lepas, Budiey sempat berseloroh dengan Noh yang memang dia ni selamba dari dulu lagi. Budiey cakap, Noh Hujan baru 25 tahun, Mizz Nina dah 30 tahun. Seronok ke kawin muda ni. Tak rasa rugi hilang peminat ke? Noh dengan sempoi menjawab, ala aku ‘makan’ yang halal.
Jangan buat apa-apa andaian ya sebab Noh ni dari dulu lagi memang mesra. Dia pun tak lokek nak bertegur sapa. Tak sombong.
Apa-apa pun, Noh mendapat sokongan dari ahli band Hujan yang lain.
Mereka juga mewar-warkan jumlah hantaran yang akan diterima pihak perempuan iaitu sebanyak RM11,000 dengan mas kahwin RM888.88 dan wang pembuka mulut bernilai RM500.00.
Pihak Mizz Nina pula akan menyerahkan 6 dulang hantaran berisi senaskhah Al-Quran, sepasang baju Melayu, butang baju Melayu, kain samping dan dibalas 5 dulang hantaran berisi tepak sirih, kek lapis Sarawak, telekung dan sebentuk cincin.
Sifat Noh Hujan yang merendah diri, penyayang dan menerima dirinya seadanya telah membuatkan Mizz Nina jatuh cinta. Noh kadang kala seorang yang romantik tetapi kadangkala boleh jadi garang.
Bagi Noh pula, Mizz Nina seorang yang sangat cool dan tak suka buang masa. Dia juga seorang yang hormat pada orang tua.
Kini, Noh berpendapat kehadiran Mizz Nina sangat bermakna dan banyak merubah kehidupannya. Kalau ada rezeki, mereka mahu mendapat anak pada tahun 2013.
Budiey tak pasti macamana persepsi atau pandangan peminat kedua-dua selebriti ni. Pasti ada yang tersentak dan ada yang bersetuju. Ada yang kata tak patut, ada yang kata patut. Tentunya, semua ni tak mengubah apa-apa kesan pun bagi Mizz Nina dan Noh Hujan.
Gambar sekitar Majlis Pertunangan Mizz Nina dan Noh Hujan