Mengapa berlakunya situasi sedemikian? Hal itu antaranya berpunca disebabkan pemakaian pelitup muka yang bertujuan memerangi kadar jangkitan Covid-19. Lazimnya, ia berlaku pada bahagian wajah yang kerap ditutup topeng muka khususnya dagu, hidung dan pipi.
Lebih memudaratkan, selain iritasi penggunaan penutup muka juga boleh menyebabkan berlakunya jerawat dikenali mask acne.
Menurut pakar dermatologi, Dr Sonia Hanifati, berikutan penularan Covid-19 yang berlaku di seantero dunia masyarakat sentiasa dinasihatkan berwaspada dengan memakai penutup muka.
“Pun begitu, dek kekerapan memakai topeng muka majoriti individu mengeluh kerana mereka kini terpaksa berdepan pula dengan masalah mask acne (jerawat dan iritasi).
“Perlu difahami masalah kulit wajah berkenaan berpunca apabila kelembapan terperangkap di dalam topeng muka.
“Secara tidak langsung, pori-pori tersumbat lalu meningkat pertumbuhan kuman atau bakteria penyebab jerawat,”
– Dr Sonia Hanifati
Justeru, bagi mengatasi masalah maskacne dan iritasi, segmen Sihat Cantik berkongsi 3 tip mudah. Antaranya ialah:
- Tukar Topeng Muka
Disebabkan pihak kerajaan telah mewajibkan pemakaian topeng bermula pada 1 Ogos lalu, pastikan korang sentiasa memakainya sebelum keluar rumah.
Pada masa sama, simpan beberapa helai pelitup muka di dalam bekas atau pek yang bersih di dalam beg tangan. Langkah ini bertujuan memudahkan proses untuk menukar mask sekurang-kurangnya setiap tiga jam.
Elak menggunakan topeng muka sama dari pagi hingga malam supaya wajah tidak ‘berdampingan’ dengan bakteria yang melekat lama pada mask.
- Krim Pelembap Dan Serum
Sebelum keluar bersantai, membeli-belah atau ke pejabat pastikan kulit wajah dilapisi krim pelembap dan serum bagi mengekalkan kelembapan berpanjangan.
Selain itu, pastikan krim pelembap pilihan mengandungi agen pelembut yang membantu meredakan jerawat dan masalah kekeringan.
- Elak Krim Asas
Tidak salah untuk bersolek supaya wajah tidak kelihatan pucat.
Bagaimanapun, wanita disarakan agar tidak menyapu krim asas terlalu tebal kerana ia mendorong pori-pori tersumbat, sekali gus menyebabkan jerawat dan iritasi.