Dramatis Indonesia yang bergelar Wisran Hadi ini lahir di Lapai. Padang pada 27 Julai 1945 dan dibesarkan dalam lingkungan kesenian Minangkabau tradisional. Mendapat pendidikan di sekolah agama sebelum ke Akademi Seni Rupa Indonesia (ASRI), Yokyakarta sehingga 1969. Di samping melukis dan membuat pameran lukisan sejak 1967, Wisran mengasah bakatnya sebagai penulis dan terpilih mengikuti International Writing Program di Iowa pada 1977.
Setahun kemudian mengikuti pemerhatian teater moden Amerika di New York dan beberapa kota besar seperti di Jepun. Sehingga kini Wisran telah menghasilkan lebih 60 drama yang kebanyakannya telah dipentaskan atau diterbitkan. Beliau aktif bersama Kumpulan Bumi Teater yang dipimpinnya sejak 1978 di Kota Padang. Telah memenangi kira-kira 14 hadiah dalam pelbagai peraduan menulis drama. Tahun 2000 beliau terpilih sebagai penulis Indonesia yang memenangi S.E.A. Write Award di Bangkok. Beliau pernah menjadi Pensyarah Tamu di Akademi Seni Kebangsaan (ASK).
[tags]profile wisran hadi, penulis skrip, how to sell your script, script html, american idol, dramatis, bangkok script[/tags]