in , ,

Safawi Dikritik Kerana Bahasa Inggeris Masih Lemah dalam Temubual di Portugal

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kini menyertai kelab Liga Portugal, Portimonense SC, Safawi Rasid dikritik kerana kelihatan kekok dalam sesi temuramah yang diadakan dalam bahasa Inggeris.

Safawi ditemuramah oleh media asing ketika sesi rasmi bersama pasukan kelab Portugal, Portimonense SC di Stadium d Portimao, Portugal baru-baru ini.

Dalam ramai yang bangga apabila Safawi boleh menjawab soalan daripada pihak media, masih ada segelintir  ‘mulut jahat’ yang mempertikaikannya dalam penguasaan bahasa antarabangsa. 

Namun, rata-rata warganet tampil membela dan memberikan sokongan terhadap kebanggaan negara  itu.

safawi

“Cristiano ronaldo punya english lgi teruk dari ni. Value dia bukan pada english skills dia ada, tapi football skills yang dia ada  takkan benda tu pun nak kecam.”

“Relax. CR tu dulu datang Man U yang guide dia, Gary Neville. Tak caya try tengok dulu punya vid. Dan cari yang sekarang punya. Benda boleh improve.”

“cristiano dulu awal2 pun terabur gak. sekarang??? berapa banyak bahasa dia boleh.”

“Berapa ramai lagi world star yang lagi teruk. Ada yg spatah haram pun tk tau eng. Tp still berjaya. Safawi ni kira okay lah lg bleh bcakap jugak. Slagi org faham. Setel.”

“Park Jing Sung mule2 main kat MU pon bukan die paham English tp die elok je kt MU. Tak power cakap English xde hal @safawi37 yang penting pawi power oohh main dgn dieorg!!! Jdik 1st eleven every game. Selamat maju jaye wi! Success bohh!!!”

“Janji english senang faham sudah kito pun gagap macam ni takpayah nak acah high class english english is use a simple words make the other understand what you talk about ceh speaking teruss.”

“Sepatutnya bangga dia berjaya membawa nama negara.. bukan sebok dengan mengutuk bahasa inggeris dia. Bukan semua yang fasih berbahasa inggeris tu bijak.. salah satunya si Azfarovski.. 

“Apa dalam baju sekuntum bunga cina” pun dia tafsir sebagai puting budak perempuan kecil.”

“Ala sembang je la pawi terabur cmne pn,janji atas padang bole show real skill,bukan sapa kisah pun eng power ke tak,ramai je player kt europe xleh ckp english,contoh thiago silva tu.”

” Mantap la pawi at least bole ckp english fluent, lagi2 kene interview ,, 

Aku ni even muet pun dh menggagau ape lgi kalau kene jwb interview dlm english.Tabik srping utk @safawi37.”

“Terbaik bro.. Don’t care what people say.. No worries lps nie automatically penguasaan English ko akan power dalam tak sedar… Yg penting kasi langgar dan buat yg terbaik..” 

Itulah antara kata-kata semangat warganet buat Safawi. Didoakan Safawi terus sukses dan kita sebagai rakyat Malaysia terus menyokong beliau.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAJAT

Memiliki & Menjual Produk Kosmetik Tidak Berdaftar, Sajat Akan Didakwa Lagi

Bubblebee Terpaksa Tutup 4 Cawangan, Reputasi Terjejas Setelah Disiasat SPRM