Menurutnya, iPhone 12 bakal dilengkapi ciri dynamic zoning algorithm yang membenarkan penggunaan Face ID yang lebih pantas. Rekaan takuk dikatakan masih berukuran yang sama dengan model lepas, tetapi hanya berubah pada iPhone 12 mini untuk selarikan takuk dengan saiz iPhone mini 5.4 inci.
Sebagai maklumat tambahan, zum digital pada model iPhone 12 akan diperbaik, manakalan iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max akan mendapat ciri zum optikal yang terlah diperbaik. Selain itu, terdapat juga lensa seperti kamera makro mungkin pada iPhone 12 Pro Max dan lensa ultra lebar dengan nilai apertur besar.
Berkenaan bateri pula, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max akan dilengkapi bateri yang lebih tahan lama, namun tidak pada iPhone 12 mini kerana saiznya yang kecil.
Menurut sumber lain, 120Hz tidak hadir pada iPhone 12 adalah kerana untuk mengekalkan jangka hayat bateri yang baik.
Perkakasnya mampu menyokong ciri 120Hz, tetapi tidak diaplikasikan kerana ia bakal menggunakan kuasa bateri dengan lebih banyak. Jadi, Apple dikatakan memilih sokongan 5G berbanding 120Hz.
Sepintas lalu, Apple akan melancarkan iPhone 12 mini 5.4 inci, iPhone 12 6.1 inci, iPhone 12 Pro 6.1 inci dan iPhone 12 Pro Max 6.7 inci pada 14 Oktober jam 1AM (waktu Malaysia). Ia dikatakan akan bermula pada harga ~RM2,899. Anda boleh melihat spesifikasi dan harga lebih lengkap disini.