Kuasa luar biasa dalam Ghost Whisperer
Ghost Whisperer musim ke-5
TARIKH SIARAN: 9 NOVEMBER 2010, SELASA
MASA: 9.30 MALAM
EPISOD: 22 EPISOD
BAHASA: INGGERIS
Jika anda mempunyai kuasa untuk bercakap dengan orang yang sudah mati, apa yang anda akan lakukan? Mempunyai kelebihan berkomunikasi dengan orang mati, membantu menyampaikan mesej si mati kepada mereka yang masih hidup – Melinda Gordon kadangkala berharap beliau dapat menjalani kehidupan seperti manusia biasa!
Bermula 9 November ini, 8TV mempersembahkan musim ke-5 Ghost Whisperer membawa anda kepada sambungan episod akhir dalam musim yang lalu. Ghost Whisperer yang bakal menemui penonton setiap malam Selasa ini pastinya dinanti-nantikan oleh pengikut setia siri ini.
Melinda Gordon mewarisi kelebihan berkomunikasi dengan orang mati melalui nenek beliau. Melinda kemudiannya mempelajari dan akhirnya menguasai kuasa yang dimilikinya itu untuk membantu roh-roh yang masih tidak aman dan masih terperangkap di dunia. Berkahwin dengan seorang paramedik, Melinda cuba mengimbangi kehidupan berkeluarga dan pada waktu yang sama membantu roh-roh yang masih terperangkap di dunia.
Apa yang lebih menarik siri Ghost Whisperer dikatakan diambil dari kisah benar Mary Ann Winkowski yang sememangnya dari kecil mengetahui bahawa dia tidak seperti kanak-kanak lain. Jika kanak-kanak lain banyak menghabiskan masa dengan bermain anak patung, Mary Ann lebih gemar menghadiri upacara pengebumian bersama dengan nenek beliau.
Bukan hanya datang untuk memberi penghormatan buat kali terakhir untuk si mati tetapi Mary Ann turut berkomunikasi dan cuba membantu mereka melepasi ‘White Light” dengan tenang untuk meneruskan kehidupan mereka di fasa yang lain.
“Tidak dinafikan cerita seram sering menjadi pilihan penonton kerana jalan ceritanya yang penuh dengan elemen yang mendebarkan. Ikuti perjalanan hidup Melinda untuk membantu roh-roh yang masih belum aman ini melalui fasa kehidupan yang seterusnya,” kata Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV. Kim menambah “Ini merupakan sebuah siri yang sarat dengan mesej, plot cerita yang menarik dan turut menyelitkan elemen-elemen suspens dan mendebarkan! Untuk pengikut setia drama bersiri ini, nantikan kemunculan Ghost Whisperer musim ke-5 hanya di saluran hip 8TV!”
Musim ke-5 ini bermula dengan kelahiran anak lelaki Melinda seperti yang dijangka oleh “Book of Changes”. 5 tahun masa berlalu, Melinda mulai risau kerana anak lelakinya Aiden telah ditakdirkan mempunyai kuasa yang lebih hebat dari Melinda.
Tidak hanya boleh berkomunikasi dengan orang yang telah mati, Aiden juga boleh merasai bagaimana sesebuah kematian itu berlaku. Suatu hari, Melinda telah didatangi oleh satu roh wanita yang memberi amaran supaya beliau sentiasa mengawasi Aiden.
Melinda kemudiannya cuba untuk mencari roh wanita tersebut bagi mendapatkan jawapan tentang apa yang tersirat di sebalik kata-kata roh itu tadi.
Saksikan Melinda dan Aiden berganding bahu untuk berhadapan dengan sumpahan, kepulangan Headless Horsemen dan banyak lagi. Musim ke-5 ini pastinya lebih menarik dari musim-musim sebelumnya!
Sudahkan anda bersedia menyaksikan Melinda yang cuba membantu roh-roh yang masih belum aman ini untuk ke fasa kehidupan seterusnya? Ghost Whisperer musim ke-5 akan disiarkan setiap Selasa jam 9.30 malam bermula 9 November 2010 eksklusif di 8TV.
Anda juga boleh menonton 8TV di saluran 708 Astro. Program-program 8TV boleh juga ditonton menerusi online di lama sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my 12 jam selepas program-program ini disiarkan di kaca TV.
Anda juga boleh menonton program kegemaran menerusi telefon bimbit anda dengan melayari mobile.8tv.com.my. Selamat menonton!