Minggu-minggu kebelakangan ini mungkin Budiey boleh katakan adalah minggu fesyen. Jemputan event yang bergenre fashion tak putus-putus diterima. Selepas MIFA, jadual dipenuhi dengan jemputan ke Islamic Fashion Festival yang akan berakhir pada hari ini. Kemudian, diselangi pula dengan beberapa pelancaran oleh pengeluar produk pakaian tersohor seperti Uniqlo, Topshop Topman dan terbaru, semalam Budiey dijemput untuk hadir di Launch Party of Dockers Spring 2011 Collection.
Happening betul party ni!
Pelancaran ini yang diadakan di Bridge Bar, Level 28, Hotel G Tower, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur ini turut menjemput penyanyi Zainal Abidin bagi menjadikankan party ini lebih cool dengan lagu-lagu popular beliau.
Zainal Abidin hadir bersama isterinya yang juga merangkap pengurusnya.
Pelancaran ini dikendalikan oleh hos Nazril Idrus, suami kepada Sazzy Falak. Beliau juga turut memakai koleksi terbaru dari Dockers.
Good job Nazril Idrus.
Turut memberikan kata-kata aluan ialah big boss Dockers.
Video Sekitar Pelancaran Dockers Spring 2011 Collection
Bobet A. Romualdo, Brand Director Dockers ASEAN
Rasanya, ramai lelaki di luar sana yang kenal dengan jenama Dockers. Bagi Budiey, Dockers adalah satu jenama seluar Khakis yang begitu popular sejak lebih 20 tahun. Dockers mula diperkenalkan pada tahun 1986 dan sesuai dipakai oleh lelaki mahu pun wanita di seluruh dunia. Kualiti, versatile dan sangat stylo. Budiey juga ada beberapa seluar Dockers dalam almari sebagai koleksi. Memang selesa dipakai.
Berkonsepkan Beverage Bites Testosterone, Fashion Slim Build Brand… party yang menampilkan beberapa orang supermodel lelaki kacak yang menggayakan semua koleksi Spring Dockers untuk tahun 2011 itu sangat mengujakan ramai hadirin.
Dikatakan konsep rekaan koleksi musim bunga kali ini diinspirasikan dari warna, tekstur dan sejarah Marfa, Texas di mana tempat asalnya Fort D. A. Russell. Dikatakan bandar ini adalah menjadi ibu kepada pengeluar seluar khakis terkemuka di dunia.
Yang penting, fashion khakis dan beberapa pakaian kemeja ini mementingkan keselesaan si pemakai. Gaya kekemasan sangat menarik. Budiey rasa pilihan fabrik itu penting yang akan menentukan si pemakai rasa selesa atau tidak.
Pembuatan dan jahitannya sangat terperinci di mana mengambil kira ukuran sudut untuk poket, kedalaman lipatan dan perincian paling detail untuk rekaan seluar yang selesa untuk setiap masa.
Kalau lihat pada tekstur warna yang digunakan oleh Dockers untuk koleksi musim bunga kali ini lebih kepada warna yang natural yang begitu asas diambil dari warna gurun di Texas dan persekitarannya – the powerful clarify of the crystal blue sky. Ini bermakna, Dockers seboleh-bolehnya mahu menampilkan versatility dan kepelbagaian dan dalam masa yang sama tidak lupa dengan kecantikan alam semulajadi. Yang penting, pakaian Dockers semuanya smart-smart belaka.
Man up this Spring with Dockers Spring 2011 Collection. No frills, no frou-frou, just incridible Khakis that function as they fit and feel, the Khakis to throw on everyday of the week, with the quality that lets you do what you want to do, and look good doing it. Emancipate your masculinity and get it done in Dockers.
Untuk lebih menarik, koleksi kali ini bukan sahaja menampilkan seluar khakis tapi turut juga mengeluarkan The Vintage Will Shirt yang lebih kasual. Sesuai sangat kalau dipadankan dengan seluar khakis untuk bersantai dan jalan-jalan.
Sila lihat gambar-gambar model yang Budiey sempat snap di pelancaran ini.
Kalau event fesyen, tak sah kalau tak jumpa dengan fashion blogger terkenal ni, Hafiz dari CuteCarry.com
Show Zainal Abidin memang best. Siap dibawa dan ZA bermain instrument perkusi dengan paduan suara dua orang penyanyi latar. Perfect!