Dikhabarkan bahawa peranti pintar itu merupakan peranti yang terakhir akan menggunakan cip pemproses dari Kirin disebabkan masalah perdagangan di antara Huawei dengan Amerika Syarikat.
Buat masa kini, Huawei tidak mendedahkan sebarang spesifikasi bagi peranti itu dan siri Mate 40 Pro mungkin akan hadir dengan skrin bersaiz 6.7 inci manakala Mate 40 adalah 6.5 inci.
Menurut Android Authority, peranti itu akan dijual dengan harga di antara €1,200 dan €1,300 (~RM 4966 – ~RM 5380). Sama-sama kita nantikan pengumuman dari Huawei kelak terhadap peranti ini pada 22 Oktober.