in ,

“Arwah Bukan Anak Kandung,” Ucapan Takziah Mamat Khalid Buat Shakir Mengejutkan Ramai

Perkongsian pengarah, Mamat Khalid mengenai ucapan takziah menerusi laman Facebook (FB) mengejutkan ramai. Menerusi entri FB itu, pengarah filem Hantu Kak Limah itu menulis,

“Semoga roh anakandaku, Shakir ditempatkan bersama mereka yang soleh. Amin…’

– mamat khalid

Ucapannya menimbulkan persoalan, adakah salah seorang anaknya meninggal dunia.

Kebanyakan beranggapan arwah Shakir atau nama sebenarnya, Muhammad Shakir Khan Abdul Salim, 27, anak kandung Mamat.

Mamat Khalid

Bagaimanapun, pengarah berusia 57 tahun itu menjelaskan perkara sebenar ketika dihubungi BH Online.

“Arwah bukan anak kandung saya. Tetapi, saya sudah menganggap arwah Shakir seperti anak sendiri.

“Dia bekerja di kafe Sarang Art Hub sejak lima tahun lalu. Arwah pernah berjinak-jinak dalam dunia lakonan dan beberapa kali berlakon di bawah arahan saya,” katanya.

– Mamat Khalid
Mamat Khalid

Arwah menghembuskan nafas terakhir selepas kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke kafe Sarang Art Hub di Tanjung Malim. Jenazah dikebumikan di Selama, Perak.

Mamat mendirikan rumah tangga dengan dengan isteri, Hasmah Hassan pada 12 April 1987 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Mohd Khalid Zaffa, Nor Sara, Mohd Khalid Adam, Mohd Khalid Amen dan Nur Hassanan.

*Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Save the Date 14 Oktober,” Natasha Hudson Bakal Nikah Kali Ke-5?

Gara-Gara Dipopularkan MKBHD, Pereka Ikon Ini Peroleh RM413,880 Dalam Satu Minggu