in

Perdana Menteri Bubar Parlimen, Penamaan Calon Pilihanraya ke 12

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-12 diadakan. Beliau mengumumkan pembubaran itu pada satu sidang media di pejabatnya di sini, yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 tengah hari Rabu.

Perdana Menteri juga mengumumkan semua kerajaan negeri dinasihatkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing, kecuali Sarawak berkuatkuasa pada tarikh yang sama, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak. Katanya beliau telah menghadap dan mendapat perkenan Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pagi ini untuk pembubaran Parlimen ke-11.

Pembubaran Parlimen ini dibuat 15 bulan lebih awal dari tarikh tamat tempoh penggal lima tahunnya yang akan berakhir pada 16 Mei 2009. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka bermesyuarat beberapa hari lagi bagi menetapkan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian.

Semasa pengumuman itu yang turut dihadiri oleh timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdullah berharap pilihan raya umum yang bakal diadakan akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Katanya kerajaan Barisan Nasional (BN) berharap mendapat semula mandat dua pertiga seperti yang diperoleh pada pilihan raya umum ke-11 pada 2004.

Katanya jentera BN telah disusun rapi dan bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum. “Senarai calon telah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata bahawa BN akan menampilkan barisan calon terdiri muka lama dan baru, yang akan diumumkan sehari dua lagi. [sumber]

[tags]pilihanraya malaysia, parlimen bubar, pembubaran parlimen, pas, barisan nasional, mca, dap, parlimen dibubarkan, wakil rakyat, parti bertanding, politik malaysia, pilihanraya umum ke-12, keputusan pilihanraya, peti undi, undi hantu, kempen pilihanraya, vote, sms vote, ghost voter[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Hari Kekasih Bersama Imran Ajmain

Fann Wong Bra Scenes Drama