in , ,

Izwan Azir Saleh Senjata Terbaharu di Kool FM

Bakal melengkapkan barisan penyampai Kool FM, bekas penyampai berita TV3, Izwan Azir Saleh diberi kepercayaan untuk mengendalikan segmen petang di Kool FM.

Kool FM Izwan Azir akan memulakan tugasnya pada Isnin, 5 Oktober 2020 yang akan memeriahkan tetuang udara bermula jam 3 petang hingga 7 malam. Segmen kendalian Kool FM Izwan Azir akan membincangkan isu nasional, dunia, keusahawanan, sukan dan hiburan dengan gaya yang lebih santai serta bersahaja.

Penyertaan Izwan Azir dalam keluarga baharu Kool FM dilihat mampu menguatkan lagi tonggak barisan penyampai dan bertepatan dengan konsep Kool FM yang memfokuskan kepada isu semasa, sosial dan komuniti. Melihat kepada latar belakang Izwan Azir sendiri yang berpengalaman dalam bidang wartawan penyiaran dan penyampai berita di TV3 selama 16 tahun dan kemudiannya menjadi Setiausaha Akhbar kepada bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking.

Kool-FM-Izwan-Azir

Izwan Azir memulakan kerjayanya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2002 dan merupakan penyampai berita di Buletin Utama, TV3. Izwan Azir juga pernah mengemudi rancangan bual bicara Malaysia Hari Ini dan Soal Jawab yang merupakan rancangan perdebatan berkenaan isu semasa. Izwan juga diberi kepercayaan untuk mengendalikan program khas secara langsung semasa misteri kehilangan pesawat MH370 dan tragedi pesawat MH17.

Bercakap mengenai penyertaan Izwan Azir, Shah Hayatudin, Ketua Audiens Melayu, Kool FM berkata “Kami sangat gembira dan mengalu-alukan kedatangan Izwan Azir dalam keluarga besar Kool FM. Ini adalah satu penambahan yang baik untuk Kool FM kerana Izwan Azir merupakan seorang yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam mengendalikan isu semasa dan permasalahan sosial dalam dan luar negara. Selain itu, menjadi seorang penyampai radio merupakan impian yang dicita-citakan oleh beliau sejak kecil. Beliau melihat kepada peluang ini untuk bekerja bersama dan seterusnya mengembangkan lagi stesen Kool FM. Kami yakin dengan kredibiliti dan kemampuan Izwan Azir dalam industri ini akan menjadi satu pasukan yang lebih ampuh bersama AG, Haiza, Muaz dan Rea.” 

Kekal menerajui segmen pagi, Kool FM AG, Haiza & Muaz yang merupakan trio yang akan menemani pendengar dengan mengetengahkan isu semasa nasional dan dunia merangkumi topik polisi, teknologi, sukan, gaya hidup, kesihatan serta isu-isu komuniti bermula Isnin hingga Jumaat, 6 pagi hingga 10 pagi. Meneruskan pengisian gaya hidup, isu viral, motivasi serta hiburan, Kool FM Rea akan menemani pendengar bermula 10 pagi hingga 3 petang. Dari jam 7 hingga 8 malam, pendengar boleh merehatkan minda dengan tazkirah Maghrib daripada ustaz jemputan menerusi Refleksi Kool dan diikuti seleksi lagu-lagu terbaik era 80an, 90an hingga terkini akan dimainkan bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam.

Kool FM boleh didengari melalui frekuensi FM101.3 (Lembah Klang), FM90.2 (Pulau Pinang), FM93.6 (Kuala Terengganu), FM88.5 (Kota Bharu), FM107.3 (Alor Setar) dan FM104.3 (Kuching). Dengarkan juga di MyTV menerusi saluran 722 atau secara streaming di www.koolfm.com.my dan secara LIVE di YouTube Kool TV. Terlepas dengarkan Kool FM boleh strim semula di Catch Up Kool FM.

Untuk menyertai komuniti dan mengikuti perkembangan terkini Kool FM, boleh ikuti di media sosial rasmi:

  • Facebook : Kool FM
  • Instagram : @koolfmmy
  • Twitter : @koolfmmy
  • YouTube : Kool TV

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Pass PERCUMA Japanese Film Festival 2020

Mira Filzah Mengalir Air Mata Ziarahi Pusara Arwah Ayah Wan Emir