Pasangan selebriti, Siti Sarah dan Shuib dipercayai dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini setelah disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram membabitkan perniagaan air yang dijalankan mereka.
Menurut sumber pasangan tersebut hadir ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya tengah hari tadi bagi mengambil keterangan membabitkan kes tersebut.
Menurut sumber, setakat ini, siasatan masih dijalankan namun penglibatan pasangan selebriti tersebut tidak dapat dipastikan.
Jelasnya, selain mereka, beberapa individu termasuk selebriti lain yang mempunyai kaitan dengan kes terbabit mungkin akan dipanggil.
“Masih tidak dapat pastikan sama ada mereka akan ditahan atau pun tidak memandangkan proses merakam keterangan masih berjalan,”
Terdahulu,Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan terdapat pasangan selebriti dipanggil pihaknya namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.