Dilahirkan di Pekan Pahang, Nur Fazura akui pada tahun ini, sambutan hari jadi lebih bermakna dalam hidupnya apabila beliau bakal menerima ahli keluarga yang baru, iaitu baby yang bakal dilahirkannya tidak lama lagi.
Sudah tentu hadiah yang dimaksudkan adalah merujuk kepada baby dalam kandungan Fazura yang dah pun menunggu masa sahaja untuk lahir di muka bumi ini.
Sambutan hari jadi Fazura diraikan oleh para stokis dan ejen penjual produk beliau di satu majlis Hari Jadi Fazura bersama Stokis Kesayangan di sebuah lokasi pada sebelah petang. Manakala pada sebelah malam pula, Fazura menerima kejutan sambutan hari jadi oleh rakan dan sahabatnya.
Suaminya, pelakon popular Fattah Amin turut mengambil kesempatan di hari istimewa isterinya itu dengan menulis satu ucapan khas buat Fazura. Bagi Fattah, Fazura merupakan wanita yang dilabel superwomen.
Ini komen dari Fattah Amin:
“Selamat hari lahir kepada superwoman isteri saya. Hari jadi kamu akan datang dan pergi, namun hati saya tak akan lepaskan dirimu selamanya.
Tiada satu ungkapan dapat gambarkan betapa istimewanya dirimu kepada saya. Saya sayang dan cintai kamu setiap hari semakin bertambah,”
– Fattah Amin
Fattah Amin turut memuatnaik beberapa gambar bersama Fazura Amin dan menulis ini detik sebelum mereka akan bertiga selepas baby mereka kelak.
Posting mereka berdua dipenuhi komen pengikut dengan mengucapkan selamat hari lahir serta mendoakan agar urusan bersalin berjalan lancar.
Selamat hari jadi Fazura! Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin.