Ditambah pula dengan tindakan Noor Nabila yang memuat naik video memaparkan pendakwah bebas tersebut begitu mesra ketika bersembang dengan Lofa sambil disertai emoji hati seolah-olah memberi bayangan tentang hubungan yang terjalin antara mereka berdua.
Kebelakangan ini, banyak pula kisah yang terbongkar tentang PU Rizz. Selepas dia digosipkan bercinta dengan Neelofa, sekaraag ini timbul pula cerita pasal bekas atau pun ex girlfren PU Riz memuat naik surat terbuka di laman Instagram dan mula mencuri tumpuan netizen.
Gadis bernama Amal Syahmina telah tampil buat satu kenyataan di laman media Instagram yang dikatakan ada kaitan dengan PU Riz.
Gara-gara itu, ramai pihak mula mengecam dan menyalahkan Amal sebab tak jadi teman wanita yang baik. Jelas Amal, hakikatnya mereka yang menjalinkan hubungan selama 5 tahun serta berjanji kepada ahli keluarganya mahu berkahwin pada masa akan datang.
Dalam pada itu, dia turut menyalahkan pihak lelaki tersebut kerana tak membelanya ketika diuji dengan kehadiran pihak ketiga namun Amal tak menyebut nama prang ketiga tersebut.
Antara isi surat terbuka Amal Syahmina…
“Ini surat terbuka untuk diri saya dan mereka yang ambil peduli. Saya buat ini untuk move on dengan baik. Berita telah tersebar dan saya tak senang hati, oleh itu saya nak clearkan diri saya”.
“Saya salah sebab bitter. Saya seorang muslim, tak ada hak untuk hukum niat seseorang jika mereka nak ubah diri berubah jadi baik.”
“Patutnya saya bagi reaksi yang elok dan positif sahaja. Saya ada
alasan sendiri untuk bersedih. Tapi saya akui kesalahan asya juga.”
“Ada yang cakap saya ni tak cukup baik dan ini masti dihentikan. Anda tak jalin hubungan dengannya selama 5 tahun. Bukannya anda yang ada diberi janji untuk kahwini saya dengan keluarga.”
“Hadirnya orang ketiga telah menguji hubungan kami berdua. Namun ianya adalah salah dirinay sebab tak berjuang untuk saya. Melatakkan saya hanya sebagai option bukan satu perkara yang baik. Tapi kamu berhak untuk memilih dan saya hormatinya. Saya percaya ini ketentuan oleh Allah.”
“Saya nak permulaan yang lebih fresh. Saya tak nyesal kenalinya. Dia buat diri saya yang sekarang ini tapi sekarang adalah masa untuk melepaskannya. Kami bukan untuk bersama, redha”.
– Amal Syahmina
Luahan ini mendapat perhatian ramai netizen apatah lagi Amal Syahmina ada mengatakan kehadiran orang ketiga menjadi punca hubungan mereka berakhir. Menurut netizen, orang ketiga yang dimaksudkan adalah tidak lain tidak bukan iaitu Neelofa, memandangkan PU Riz kini digosipkan dengan berkawan rapat dengan Neelofa,
Sebagai seorang wanita yang pernah dijanjikan untuk dikahwini sudah tentu hati rasa tersakiti setelah jalin hubungan selama lima tahun.