in , ,

Pernah Jadi Pelajar Cemerlang. Mira Filzah Berkongsi Tips Buat Calon SPM

TIDAK hanya dikurniakan rupa paras cantik, berbakat dan santun, artis popular Mira Filzah juga harus diakui antara wanita yang bijak atau boleh disebut sebagai ‘beauty with brain’.Pada usianya 27 tahun dan baru saja melangsungkan perkahwinan dengan arjuna hati, Wan Emir Astar, Mira boleh dilihat sebagai golongan seni yang memiliki segala- galanya.

Meskipun baru sahaja bergelar isteri dan sibuk dengan pengacaraan, namun Mira Filzah sempat meluangkan masa menyuntik semangat calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam seminar dalam talian, semalam. Pernah menjadi pelajar cemerlang menerusi peperiksaan SPM pada tahun 2010, Mira dilantik menjadi duta dan ikon PTTI selaku pusat peningkatan akademi yang memberi fokus membantu pelajar SIjil Pelajaran Malaysia (SPM).

MIRA FILZAH

Kemunculan Mira selama 20 minit menerusi seminat dalam talian itu cukup bermakna buat calon SPM. Membahasakan diri Kak Mira, Mira akui pandemik COVID-19 turut mengendurkan semangat untuk belajar serta memberikan tip untuk mengurangkan tekanan. 

“Kalau tertekan, jangan paksa diri. Berehatlah seketika. Nak belajar dan buat ulang kaji kena tenang dan jalau serabut tiada guna juga. Nak serap ilmu kena dalam keadaan selesa.

“Cuba buat perkara yang boleh menghilangkan tekanan pada saat otak tepu. Seimbangkan dengan perkara lain. Saya ada membaca komen pelajar, kalau stres, tengok drama K-Pop. 

“Bagaimanapun, saya nasihatkan jangan, nanti tengok sampai berjangkit banyak episod pula. 

“Cuba lelapkan mata seketika, tetapi elak tidur selepas waktu Asar. Nanti otak dan badan lagi penat. Kalau penat sangat pejam mata sebelum masuk waktu Zohor,” 

– Mira Filzah
MIRA FILZAH

Dalam pada itu, Mira turut memberi pesanan kepada calon SPM supaya dapat mengelak daripada ket4gih dengan dunia digital termasuk menggunakan telefon bimbit serta tidak meninggalkan solat buat mereka yang beragama Islam. 

“Belajar menjarakkan diri dengan dunia digital. Memang sudah terbiasa memegang telefon bimbit, melayari program hiburan dan menggunakan pelbagai aplikasi berjam-jam.

“Ambil masa menikmati udara luar, contohnya bersenam dan berjoging. Pada masa sama, jaga penjarakan fizikal. Paling mudah, buat apa sahaja aktiviti yang digemari,” 

“Bagi calon SPM yang beragama Islam, jangan tinggal solat. Begitu juga dengan bangsa lain, berdoalah dengan Tuhan.

– Mira Filzah

Pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman ini pernah menjadi pelajar cemerlang menerusi peperiksaan SPM pada tahun 2010.

Jadi dengan apa yang diraih selebriti bertudung itu, tidak hairan dia dilantik menjadi duta dan ikon PTTI selaku pusat peningkatan akademi yang memberi fokus membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mendapat keputusan cemerlang.

Sementara itu, baru baru ini PTTI iaitu sebuah pusat peningkatan akademik pakar dlm membantu pelajar SPM turut melancarkan program khas untuk calon pelajar SPM 2020 yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Dengan kepercayaan semua orang mampu berjaya, PTTI akan mengadakan Seminar Mampu Skor SPM (Virtual Online) pada Sabtu, 24 Oktober 2020 terbuka utk pelajar SPM 2020 semua aliran. PTTI akan menaja 3000 tiket percuma bagi pelajar yg tak pasti kemampuan diri utk skor dlm SPM demi masa depan mereka.

Layari www.MampuSkorSPM.com untuk dapatkan tiket percuma.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bekas Kekasih PU Riz Dedah Hubungan 5 Tahun Berakhir Kerana Orang Ketiga

Dato’ Madani Sahari

MARii Perkenal Prokerja – Laman Untuk Belia Mencari Pekerjaan