Kakak kepada penyanyi, Zamani Slam yang juga ibu kepada penyanyi dan komposer Zynakal, Zuraidah Ibrahim, menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi di sebuah hospital swasta di Kampung Baru akibat komplikasi buah pinggang.
Perkara ini dimaklumkan oleh rakan baik Zamani dikenali sebagai Babah Lan.
Menurutnya, Allahyarham Zuraidah dimasukkan ke hospital terbabit sejak dua hari lalu untuk rawatan.
“Zamani sebenarnya sudah bertolak ke Pulau Pinang kerana terbabit dengan satu persembahan bersama Ameng, hari ini.
“Sebaik menerima berita ini, penganjur segera membelikan dia tiket penerbangan untuk pulang ke Kuala Lumpur.
“Kami belum pasti masa tepat ketibaannya dan akan menunggunya untuk urusan lanjut.
“Buat masa ini jenazah masih berada di hospital dan selepas ini akan di bawa ke masjid Taman Keramat,” katanya.
– Babah Lan
Menurutnya, abang Zamani iaitu Zulfazli juga dalam perjalanan ke hospital.
Perkara itu dimaklumkan oleh penyanyi Sharifah Zarina di Instagram (IG) miliknya.
“Khabar duka ke dua yang saya terima hari ini. Kakak Zuraidah iaitu saudara kandung kepada abang @iamzamani.official dan ibu kepada Zynakal.
– Sharifah Zarina
Allahyarham Zuraidah bertindak menguruskan syarikat pengurusan Zamani iaitu ZIME Production.
*Sumber: Harian Metro