Secara tiba-tiba, semalam, segalanya semakin hangat diperkatakan setelah tersebar video serta gambar tentang Neelofa kononnya kini sedang kenali hati budi pelakon dan juga pendakwah Pu Riz.
Kehadiran Pu Riz di majlis perkahwinan adik Neelofa mengundang rasa tanda tanya adakah mereka ada apa-apa hubungan, siap sedondon gitu.
Apatah lagi kakak Lofa, Noor Nabila selalu kacau mereka dan seakan beri hint bahawa bagaikan ada sesuatu antara adiknya dan Pu Riz.
Neelofa ada berbicara tentang perkahwinan apatah lagi kini usianya dah masuk 31 tahun, memang dah sesuai untuk mencari pasangan hidup.
Ini komen Neelofa tentang perkahwinan ketika rancangan Next To Neelofa.
“Tentang perkahwinan, untuk saya, memang ada banyak sangat versi cerita dan sebelum ini pun saya ada saja dikaitkan dengan beberapa individu”.
“Apapun, saya tak akan kongsi atau berikan sebarang kenyataan selagi hal perkahwinan ini tak terjadi dalam hidup saya.
“Saya hanya akan share pada semua dan pihak media, sekiranya benda baik ini akan berlaku. Saya gembira untuk share pada semua.
“Sekarang ni, saya hanya boleh minta doa yang baik-baik seperti saya jadi anak yang baik, isteri yang baik, serta temui jodoh yang baik. Itu saja yang saya minta”.
“Tak nak lah orang asyik sangat nak buat bergosip saja, macam-macam. Sebenarnya umur saya ni, memang dah logik untuk berumahtangga. Relevan juga orang tanya pasal kahwin kat saya,”
“Tapi kalau diikutkan, maybe saya akan berumahtangga dalam tiga ke empat tahun lagi sebab banyak komitmen yang saya kena settle. Apapun, ia bergantung pada situasi”.
– Neelofa
Itulah kenyataan Neelofa tentang bilakah dirinya nak tamat zaman bujang, memang selalu dan ramai yang tanya pada dia soalan ini.
Adakah Pu Riz akan membuka hati Neelofa, kita tunggu sahajalah, kalau jadi, Neelofa sudah pasti akan share khabar gembira ini pada semua.