Empat adik beradik selebriti The Melvins, Syatilla, Syifa, Syida dan Syafiqa Melvin menjawab tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan mereka kini bergelar jutawan muda.
Menggunakan pengaruh sebagai selebriti untuk mengusahakan produk kosmetik jenama Kekasih by The Melvins, mereka bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, semua yang kami perolehi adalah hasil usaha sendiri dan rezeki pemberian-Nya.
“Kami juga beruntung kerana mempunyai pelanggan yang sentiasa memberikan sokongan.
“Apapun, kami rasakan masih banyak perkara yang perlu kami belajar dalam bidang perniagaan ini.
“Apa yang penting, kami gembira kerana apa yang kami usahakan mendapat respon positif peminat yang menjadi pelanggan.
“Keutamaan kami dalam perniagaan ini adalah untuk berkongsi rezeki dengan yang lain,”
– Syifa mewakili The Melvins
Syifa ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik, Kekasih by The Melvins di Shah Alam Convention Centre, sebentar tadi.
Pada majlis sama, The Melvins turut melancarkan 60 papan tanda (billboard) di seluruh negara bagi produk kecantikan itu.
Setakat ini, rangkaian billboard terbabit menghiasi lebuh raya di utara, selatan, pantai timur serta Lembah Klang dan menelan belanja kira-kira RM0.5 juta.
Tambah Syifa lagi, dia bersyukur dikurniakan dengan adik-beradik yang sangat positif dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan perniagaan sehingga meraih keuntungan berlipat ganda.
“Tanpa sokongan adik-beradik lain mungkin Kekasih by The Melvins tidak akan sampai ke tahap ini. Saya harus memberikan kredit kepada ketiga-tiga cinta hati saya yang sentiasa berusaha dan mempunyai semangat untuk berjaya.
“Mungkin salah satu rahsia kejayaan kami adalah menjaga hubungan baik antara adik-beradik. Kami tak gaduh, tak masam muka, tak cemburu apatah lagi berkira fasal duit.
“Ibu dan ayah selalu pesan apapun yang terjadi adik-beradik tak boleh berpecah.
“Masing-masing kena ambil tanggunjgawab untuk membantu dan saling menyayangi.
“Alhamdulillah tak sangka rezeki Allah nak bagi dalam sekelip mata,” katanya.
– Syifa mewakili The Melvins.
Kekasih by The Melvins menawarkan beberapa pilihan produk kecantikan seperti krim bedak asas, matte bibir, eyeshadow dan blusher.