Segalanya telah disempurnakan dan hanya tunggu masa untuk melangsungkan dan meraikan bersama jemputan. Ning berpuas hati dengan floor plan terutama untuk prop set Kampong Nekmat. Rehearsal yang dijalankan malam sebelum acara juga agak memenatkan sebab terpaksa dibuat hingga ke lewat pagi. Ning tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada Matrade yang sudi menaja lokasi. Ning mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kuzie Catering, Puan Roslina Blooming, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad dan isteri yang sudi membantu untuk upacara menyuap pulut kuning.
Lokasi Matrade menjadi pilihan Ning walaupun ada banyak hotel tampil untuk menaja. Namun, idea ala kampong sudah tentu tidak akan dapat menjelmakan idea unik itu jika dibuat di hotel.
Majlis tidaklah terlalu formal kerana Ning Baizura dan Omar bercampur dengan hadirin dan mereka bebas bergambar dan bersalaman.
Menyentuh tentang prop Kampong Nekmat, sungai tiruan telah diisi dengan ikan keli pada petang itu untuk mewujudkan lagi suasana kampung. Segala rujukan untuk prop diserahkan bulat-bulat kepada pereka set. Kalau korang boleh lihat, ada titi, sungai, ada rumah kampong, menara kampong, pintu gerbang dan semua itu seolah satu kampung yang begitu meriah dijelmakan pada malam itu.
Idea ala kampong ini juga untuk dipersembahkan kepada keluarga suami Ning, Omar agar mereka juga dapat menikmati betapa cantiknya budaya Melayu. Jadi, tidaklah nanti shock culture. Famili Omar agak teruja dan excited dengan budaya Melayu terutama silat dan joget.
Rancangan selepas ini, Ning akan bercuti dan berbulan madu. Destinasinya masih dirahsiakan. Ning juga akan bercuti bersama semua famili baru dan akan bekerja semula pada 14 Februari. Pada hari kekasih itu, Ning akan mengadakan persembahan khas Valentines Day di Avanti.
Pengalaman 2 hari menjadi isteri orang? Ning berkata, dia masih lagi sibuk dan masih kesuntukan masa untuk menikmati hidup bersama. Selepas ini, Ning akan berpindah rumah baru dan tinggal bersama suaminya.