Boleh dikatakan hampir semua artis yang tercalon untuk bertarung di Separuh Akhir Muzik Muzik 25 hadir di sidang media yang diadakan semalam.
Artis mana yang tak nak memijak kaki di pentas Anugerah Juara Lagu. Kalau tanya diorang, semua kata nak masuk. Ini kerana AJL kini Budiey rasa dah makin matang dan penganjuran program hiburan terulung di TV3 ini pasti mahukan yang lebih segar dan relevan. Itu cabaran untuk produksi. Apatah lagi, AJL tahun ini dah masuk ke tahun 25 – Jubli Perak!
Separuh Akhir Muzik Muzik 25 tahun ini berkonsepkan KONSERT.
Semua orang tahu, tujuan Muzik Muzik dan AJL diadakan adalah untuk memartabatkan industri muzik tanahair terutamanya memberi pengiktirafan kepada komposer, penulis lirik dan penggubah lagu, namun Budiey rasa, adalah tidak relevan sekiranya lagu-lagu yang berjaya ke Separuh Akhir ini tidak ditapis dulu oleh pihak juri profesional. Ini kerana, lagu yang berjaya dan terpilih masuk dipilih hanya berdasarkan lagu yang dikatakan popular di radio dan mesra pendengar. Tak semestinya semua lagu yang mesra pendengar itu ada kualiti, betul tak? Dan ada juga beberapa buah lagu yang berjaya tersenarai adalah lagu-lagu yang tak pernah pun kita dengar sebelum ini. Korang boleh lihat sendiri senarainya.
Namun, itulah konsep dan procedure dari penganjur sendiri. Setiap lagu yang terpilih mewakili demographics yang seimbang kerana menekankan citarasa para pendengar yang gemarkan genre yang berbeza dan merangkumi semua lingkungan umur.
Tahniah dan good luck buat semua Budiey ucapkan. Jumpa anda di pentas separuh akhir!
Tomok
Mohd
Aizat
Faizal Tahir dan Audy Mok
Nubhan
Akim
Meet Uncle Hussein
Alyah
Hafiz
Shahir AF8
Azlan & The Typewriter
Ana Raffali
Stacy