Semestinya kerjasama di antara Bunkface dan Faizal Tahir sudah lama dinanti-nantikan oleh peminat muzik tanah air. Penantian ini pastinya berbaloi selepas direalisasikan oleh Joox Malaysia melalui siri JOOX Originals di mana Faizal Tahir bertindak selaku Super Producer untuk lagu terbaru Bunkface yang berjudul Yang Benar, Aku.
Selepas meniti perjalanan yang panjang di dalam industri muzik Malaysia, ‘Yang Benar, Aku’ merupakan sebuah nukilan istimewa Bunkface untuk anak-anak mereka. Lebih menarik lagi, muzik video lagu ini turut menampilkan ketiga-tiga anak ahli kumpulan Bunkface.
“Lagu yang benar aku ditujukan pada semua ibubapa yang benar benar sayang anak mereka,”
– Sam
“Lagu ini kami tujukan kepada seluruh umat manusia, kerana setiap seorang daripada kita adalah anak kepada ibu dan bapa kita,”
– Youk
“Kami berharap doa setiap anak akan menyelamatkan setiap ibu bapa,”
– Paan
Susunan muzik yang segar, santai dan agak berbeza dari sebelum ini telah berjaya memperlihatkan sisi yang berbeza Bunkface sebagai seorang bapa. Lagu ini adalah ciptaan bersama Faizal Tahir, Mage, Ja’a, Sam Bunkface, Youk Bunkface dan Paan Bunkface.
Yang Benar, Aku boleh didengari secara eksklusif di aplikasi Joox bermula dari 7 Ogos dan muzik video rasmi sudah boleh ditonton bermula 10 Ogos juga di saluran Joox Malaysia.
Lirik Bunkface – Yang Benar, Aku
[Verse 1]
Malam ini bulan terang sinari mimpi ku Biarpun jauh kau tetap dihatiku Mentari siang peneman membanting keringat Mungkin tak mewah pada mata memandang
[Chorus]
Aku mengharap kau terima aku Walau apapun aku buat Aku mengharapkan mu Sentiasa menunggu
Aku mengharap kau maafkan aku Walau apapun aku buat
Aku mengharap kau terima aku begini
Yang benar aku! Yang benar aku!
[Verse 2]
Irama ini terbang tinggi ke mata hati Rindu aku hanya tuhan saja tahu Aku petik gitar ini layan jiwa sunyi Mohon ilham diberi waktu begini
[Chorus]
Aku mengharap kau terima aku Walau apapun aku buat Aku mengharapkan mu Sentiasa menunggu
Aku mengharap kau maafkan aku Walau apapun aku buat
Aku mengharap kau terima aku begini
Yang benar aku! Yang benar aku!
[Bridge]
Hanya doamu Yang aku tunggu Penyelamat aku di sana
Aku mahu kau tahu Aku takkan lepaskan mu Anugerah terindah
[Chorus]
Aku mengharap kau terima aku Walau apapun aku buat Aku mengharapkan mu Sentiasa menunggu
Aku mengharap kau maafkan aku Walau apapun aku buat
Aku mengharap kau terima aku begini
Yang benar aku! Yang benar aku!