in ,

Pengacara Iesya Toh Kongsi Kesedihan Pemergian Bapa Mertua di Instagram

Pengacara Iesya Toh berkongsi kesedihan selepas pemergian bapa mertuanya, Muhamad Sulaiman yang meninggal dunia dua hari lalu.

Menurut Iesya, kedukaan berhadapan pemergian bapa kandungnya dua tahun lalu masih belum hilang, kini bapa mertuanya pula pergi menghadap Ilahi.

Iesya Toh Kongsi Kesedihan Pemergian Bapa Mertua di Instagram

“Walaupun cucu-cucu Abah meriah, tapi bacaan mengaji Abah tetap jelas kami dengar, kenapa hari ni Iesya dengar Abah? Tapi sayup saja.

“Pedih hilang Abah sendiri belum hilang, baru bermanja dengan Abah mertua, Allah ambil pula.

“Abah tenang di sana ya, Abah teruskan senyuman itu sampai saat kita berjumpa semula, soal Mama, kami semua akan terus membahagiakan, walaupun tak sama macam Abah belai Mama,” tulis Iesya di Instagram.

Iesya Toh Kongsi Kesedihan Pemergian Bapa Mertua di Instagram

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Iesya menyedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar dia kuat berhadapan dugaan itu.

Terdahulu, bapa kandung Iesya, Allahyarham Sanny Toh Abdullah telah meninggal dunia pada 7 Februari 2018 di Madinah ketika menunaikan ibadah umrah di sana.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cultural Appropriation, Adele Berbikini Bendera Jamaica Dikecam Netizen

Faizal Tahir Lancar Single Berjudul NOBODY Mesej Buat Diri Sendiri