Ia susulan penggunaaan gambarnya yang disenaraikan sebagai salah seorang ahli lembaga di sebuah syarikat perlombongan yang dikenali sebagai Kashi Mining pada semalam.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Dr Noor Hisham di akaun media sosialnya yang menjelaskan penggunaan gambarnya dan menyenaraikan beliau sebagai COO syarikat dan nama Aidan Razif itu adalah tidak benar.
Manipulasi dan Bahaya
Penjelasan daripada Dr Noor Hisham yang dibuat malam semalam itu menerima reaksi pelbagai daripada netizen dan telah dikongsikan sehingga 480 kali sehingga pagi ini.
Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di hantaran tersebut juga berang dengan tindakan yang digunakan scammer tersebut yang cuba untuk memanipulasi orang ramai dengan menggunakan identiti antara individu terkenal di negara kita ketika ini.
Semakan kami untuk mengakses laman sesawang tersebut pada pagi ini bagaimanapun tidak berjaya apabila notis 509 Bandwidth Limit Exceeded.
Bagaimanapun laporan New Straits Times pada semalam melaporkan syarikat itu memperkenalkan diri mereka sebagai syarikat perlombongan batu permata dan memiliki lombong mereka sendiri mereka di Afrika.
Syarikat yang beralamat Jalan Patau-Patau, Labuan itu juga mendakwa mereka adalah syarikat yang pernah memenangi anugerah dan turut menggunakan gambar individu lain dari Malaysia untuk memperdayakan orang ramai.
Sumber: Vocket