Gaga dinobat Artis Terbaik dan Anugerah Tricon. Manakala lagu kolaborasinya bersama Ariana menerusi Rain On Me memenangi kategori Lagu Terbaik, Kolaborasi Terbaik dan Sinematografi Terbaik.
BTS pula unggul apabila membawa pulang trofi Pop Terbaik, K-Pop Terbaik, Kumpulan Terbaik, dan Koreografi Terbaik menerusi lagu hit mereka berjudul On.
Sementara, Video Terbaik pula dimenangi The Weeknd menerusi lagu Blinding Lights. Lagu terbabit turut memenangi kategori R&B terbaik.
MTV VMA 2020 dihoskan Keke Palmer dan menampilkan persembahan daripada BTS, Miley Cyrus, Lady Gaga, The Weeknd, J Balvin, Maluma, Roddy Ricch, Doja Cat dan CNCO.
Acara itu dilangsungkan di beberapa lokasi luar. MTV VMA 2020 asalnya dijadualkan diadakan di Barclays Center, New York, namun dibatalkan kerana pandemik Covid-19.