in , ,

Isteri Dr Say Shazrif Keguguran Kandungan Masuk 12 Minggu

Baru-baru ini Dr Say Shazril berkongsi berita gembira apabila isterinya sedang hamil anak kedua mereka di laman Instagram miliknya.

Perkongsian tersebut merupakan momen indah buat kedua pasangan ini memandangkan sebelum ini mereka sukar mendapatkan cahaya mata pertama akibat. Terbaru, Dr Say kongsi khabar duka apabila kandungan isterinya yang sudah memasuki 12 minggu keguguran. Menurutnya doktor mengesahkan jantung bayi tidak kelihatan dan bayi tidak bergerak.

Screenshot-2020-08-24-at-8.11.25-PM

Innalillahiwainnailaihiroajiun Anak Syurgaku

Rabu minggu lepas bini saya merasakan sesuatu tak kena maka dia scan dirinya sendiri. Jantung baby tak kelihatan, baby tak bergerak. 

Dia call saya menangis saying dia tak nampak denyutan jantung bayi. Sepatutnya temu janji bersama pakar sakit puan kami hari ni tapi akibat risau kami cepatkan kepada Jumaat minggu lepas. Mase sedang discan pakar bertanya “ade pendarahan atau sakit perut tak?”, bini reply “tiada, rasa biase je”, pakar sambung “jantung baby tak kelihatan ni”. Bini akur, mother instinct & scannya sebelum ni terbukti tepat.

Begitulah kisah kehilangan anak dalam kandungan kami. Kalau ikutkan masuk 12 minggu dah anak kami. Sedih? Semestinya. 

Parents mane tak sedih kehilangan anak walaupun anak tu hanya dalam kandungan. But it was a wonderful 12 weeks having u. Tiada alahan, tiada kesusahan. Akan tetapi kami redha. Pasti ada hikmah dengan kejadian ini.

– Dr Say

Menurut Dr Say doktor mengesan jantung bayi dalam kandungan isterinya tidak kelihatan. Malah, bayi tersebut turut dilihat tidak bergerak. Walaupun tidak mengalami sebarang alahan atau masalah, kandungan isteri Dr Say disahkan keguguran.

dr say

Tunggu Mommy Dan Daddy Di Akhirat

Walaupun kami tak tahu apa hikmahnya tapi kami pasti banyak perubahan hidup yg ingin kami lakukan. Mungkin kisah kami boleh dijadikan iktibar yg Anything Is Possible In This Life & It Could Happen To Anyone. Tak pernah langsung kami menjangkakan kami akan melalui kesedihan sebegini but maybe this is for the best. 

Mungkin ini petanda yg kami harus tumpukan perhatian kepada Ace dahulu.

Dalam kesempatan ni sy ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi atas doa anda semua masa awal2 sy buat post wife sy mengandung dulu. Mungkin kali ni bukan rezeki kami, InsyaAllah satu hari nanti maybe. 

Allah Is The Best Planner, walaupun mommy & daddy tak kenal raut wajahmu, tunggu mommy & daddy di akhirat kelak wahai anak syurgaku.

– Dr Say

Meskipun tidak dapat menahan rasa sedih, namun mereka berdua akur dengan takdirnya. Bagi Dr Say sendiri mungkin ada hikmah disebalik kejadian berlaku. Perkongsiannya turut undang sebak netizen. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Oktovia Manrose Dedah Sudah Lapan Tahun Menjanda

AWANA PUITIKA Cipta Rekod Di Tempat Tertinggi Menara Alor Setar