in ,

Tarikan Terbaharu di RTM, Sketsa “Haa… Tepuk”

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibuat bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19 yang semakin berleluasa ketika ini di Malaysia. Namun usah bimbang, biarpun berada di rumah, sebenarnya anda masih boleh melakukan pelbagai perkara bersama keluarga.

Sketsa komedi santai “Haa… Tepuk” antara tarikan terbaharu diterbitkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) kepada seluruh rakyat Malaysia. Hanya lima minit sahaja siarannya setiap episod, drama pendek / sketsa disiarkan ini berkisar tentang isu semasa dalam masyarakat kini. 

Menampilkan Zulin Aziz sebagai ‘anchor’ rancangan ini, setiap episod menampilkan artis undangan yang berbeza termasuklah Fikry Ibrahim, Sham Visa, Issey Fazlisham, Sangheta, Fimie Don, Zaryn Minn, Joey Daud, Najua Nasir, Wan Raja, Yaya Maembong dan Caca Raja Lawak.

Tarikan Terbaharu di RTM, Sketsa “Haa… Tepuk”

Pelbagai watak lucu dan ragam yang menghiburkan pasti membuatkan hari anda ceria. Ia bersiaran mulai 11 Mei hingga 10 Jun depan, 13 episod sketsa ini menemui penonton setiap Isnin hingga Rabu, pukul 3.55 petang di TV1pukul 8.55 malam di TV Okey dan pukul 9.30 malam di TV2.

Tajuk yang diketengahkan dalam sketsa ini termasuklah “Milah Kantoi”, “Hantu Jobless”,”Aku Pun Boleh”, “Kurus Sihat Ke?”,”Kiah Kelawar”, “Panik Beli”, ”Mak Retis”,”Suri Senang”, “Termostat”, “Netijah Muzikal”, “Dalgoner”, “Aku Nak Dating”, dan “Acik Reporter”. Kesemuanya berkaitan dengan isu semasa yang pastinya menarik dikongsikan dengan semua penonton di luar sana.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Starbucks Malaysia Reimagines Raya During Covid-19

Sasar Angka 1 Digit Kes Positif Baru Dalam Masa Seminggu Dua Akan Datang