Pejam celik, pejam celik, sekarang dah tiba ke penghujung tahun. Bila dah sampai ke hujung tahun, semua pembaca pasti tertanya-tanya bila lah agaknya Budiey akan buat Parti Ulangtahun Budiey.com.
Tapi kali ni, Budiey rasa nak buat sesuatu yang berlainan iaitu dengan menyertai sebuah contest anjuran DiGi iaitu FREE YOUR IDEAS.
Idea Budiey ringkas aje. Kebetulan 7 Januari 2011 nanti, blog Sensasi Selebriti akan menyambut ulangtahun yang ke-4. Jadi, untuk celebrate anniversary ni, Budiey akan anjurkan satu party ulangtahun yang dihadiri oleh 100 orang pembaca bertuah!
Party itu akan diadakan di satu lokasi yang tak jarang dibuat iaitu di panggung wayang! Sambil berparty, ada tayangan filem terbaru. Selain ada games dan persembahan artis, tak lupa juga ada hadiah cabutan bertuah untuk dimenangi! Goodie bag juga akan diberikan kepada semua yang hadir! Amacam okay tak idea ni?
Itu pun secara kebetulan aje, Budiey dapat tahu yang DiGi juga ada mengadakan satu peraduan yang diberi nama FREE YOUR IDEAS yang menawarkan hadiah lumayan RM10,000. Tapi ianya bukan berbentuk wang tunai ya, sebab DiGi akan membantu merealisasikan impian anda itu menjadi kenyataan!
Fuhh! Kira-kira banyak juga tu hadiahnya. Budiey rasa inilah masa untuk anda mencuba nasib. Mana tahu. Walaupun dalam hati sebenarnya tak berapa yakin 100%. Lagi pun peluang macam ni tak datang selalu. Kalau tak, bila lagi, kan?
Jadi, Budiey harap sangat kalau entri Budiey nanti akan terpilih sebagai pemenang. Jadi, bila dah sukses, sure parti kita nanti akan jadi lebih happening sebab dibiayai sepenuhnya oleh DiGi.
Kepada semua pembaca, harap dapat bantu Budiey untuk VOTE entri Budiey tu nanti banyak-banyak sebab lagi banyak korang undi lagi cerahlah peluang untuk kita menang!
Budiey rasa peraduan ni sangat FUN! Dan Budiey rasa nak join peraduan ni pun sebab dorongan dari pembaca semua. Sebab kalau tanya apa idea yang ada dalam kepala, memang banyak idea sebenarnya.
Kalau Budiey ada idea untuk dikongsi bersama. Korang pun mesti ada idea? Kalau ada, bolehlah lontarkan idea dengan join peraduan ni.
Mula-mula korang kena faham konsep peraduan ni dulu. Apa itu Free Your Ideas?
Free Your Ideas – bermakna anda bebas untuk memberikan apa sahaja idea. Korang hanya perlu memikirkan idea yang kreatif dan bernas untuk dikongsikan bersama kawan-kawan anda.
Kemudian, kena kumpulkan kawan-kawan seramai 2-4 orang untuk buat permintaan atau ‘wish’ anda tu.
Apa yang Budiey faham dengan peraduan ini ialah, kita boleh mencadangkan apa sahaja idea termasuklah cadangan untuk program, party, event atau apa sahaja yang melibatkan rakan-rakan kita. Dan pihak DiGi akan menjadikan segala idea kita itu menjadi realiti dengan bantuan dari segi kewangan bernilai RM10,000. Seharusnya korang kena ingat, hadiah bukannya wang tunai cash tapi dari segi pembiayaan untuk merealisasikan idea anda aje.
Okay jom, idea dah ada. Tinggal kita nak tahu macamana nak join atau hantar penyertaannya aje.
Senang sahaja caranya. Pertamanya, anda kena menjadi fan untuk DiGI Campus dengan melayari Fanpage DiGi di: http://www.facebook.com/digiyouths
Jangan lupa untuk LIKE page ini. Jadi, sebarang berita terkini dan aktiviti akan dikemaskini dengan cepat.
Untuk menghantar penyertaan, anda kena fikirkan idea paling kreatif dan hantar di Page ini.
Yang penting, anda kenalah fikirkan dulu konsep idea anda itu supaya idea anda original dan penuh dengan idea yang lain dari yang lain.
Idea anda itu boleh disampaikan foto dan juga video yang diupload dalam Youtube.
Susah nak buat video atau nak ambil gambar? Jangan cakap macam tu. Itu bukan alasannya sebab DiGi dah pun sediakan template untuk anda.
Budiey rasa, nak buat video ni akan jadi lebih senang dengan adanya template yang telah diberikan siap-siap di Fanpage ni. Anda cuma kena ikut arahannya sahaja.
Mula-mula, pilihlah gambar atau foto anda dan upload!
Kemudian, anda akan diberi notis yang mana gambar yang dihantar telah pun diterima. Notis pengesahan entri yang dihantar akan diterima selepas penghantaran disahkan oleh pihak penganjur.
Bila dah penyertaan anda itu dah sah, anda kena sahkan pula penyertaan anda itu. Selain itu, anda diminta untuk memberikan beberapa nama rakan anda sebanyak mungkin untuk mengundi anda. Sekiranya, anda mendapat tertinggi, anda akan menang! Senang kan?
Pastikan entri anda itu ada dalam senarai. Nak check senang je. Pergi ke laman senarai idea-idea yang dihantar. Di situ, anda boleh menonton idea-idea lain yang telah dihantar oleh orang lain.
Jadi, apa tunggu lagi. Jom hantar penyertaan anda sekarang!
Layari sekarang: http://www.facebook.com/digiyouths
p/s: kepada semua pembaca budiey.com, jangan lupa VOTE entri Budiey ya. Lagi ramai yang vote lagi cerahlah peluang untuk kita buat party tu nanti! Jom VOTE sekarang!
Untuk VOTE, sila klik SINI