Musim Raya 2025 bukan sahaja menceriakan hati rakyat Malaysia dengan suasana penuh warna-warni dan kemeriahan, tetapi turut mencatatkan pencapaian luar biasa dalam dunia perniagaan atas talian, khususnya di platform Shopee.
Tahun ini menyaksikan lonjakan besar dalam jualan penjual Shopee, dengan 9 daripada 10 penjual mencatatkan peningkatan jualan ketara—dan lebih menarik lagi, hampir separuh daripada mereka berjaya meraih keuntungan paling tinggi pernah dicapai setakat ini.
Apa yang menjadikan kejayaan ini lebih istimewa ialah bagaimana setiap penjual memanfaatkan peluang yang datang bersama musim perayaan ini. Menurut Kajian Trend Penjual Shopee Raya 2025, kebanyakan penjual melihat musim ini bukan sekadar tempoh untuk menjual lebih banyak produk, tetapi masa terbaik untuk mengejar aspirasi kewangan dan impian perniagaan mereka.
Kejar Impian, Lindungi Keluarga: Motivasi Di Sebalik Lonjakan Jualan
Daripada kaji selidik yang dijalankan, 60% penjual mengatakan matlamat utama mereka adalah untuk menjamin kestabilan kewangan keluarga. Ini menunjukkan betapa kuatnya keinginan mereka untuk menyediakan kehidupan yang lebih baik dan stabil buat orang tersayang. Sementara itu, 30% lagi menggunakan musim Raya ini sebagai platform penting untuk membesarkan empayar perniagaan mereka. Ada juga yang termotivasi untuk membawa makna lebih mendalam kepada pelanggan dengan menawarkan produk yang menambah seri sambutan Raya.
Kreatif Dan Strategik: Ciri Shopee Jadi Senjata Rahsia Penjual
Dalam usaha merebut peluang, penjual bijak menggunakan segala alat yang ditawarkan oleh Shopee secara maksimum dan kreatif. Ciri seperti Shopee Ads, Shopee Coins dan baucar pelanggan menjadi tarikan utama untuk menonjolkan produk mereka di hadapan pembeli. Menariknya, 8 daripada 10 penjual memanfaatkan Shopee Live dan Shopee Video, dua alat kandungan yang kini terbukti sangat berkesan dalam menjalin hubungan lebih mendalam dengan pelanggan sambil menaikkan lagi jenama masing-masing.
Selain itu, Program Shopee Affiliate turut memainkan peranan besar dalam memperluaskan jangkauan pasaran. Melalui kolaborasi bersama influencer dan pencipta kandungan, jenama penjual dapat diperkenalkan kepada komuniti lebih luas, secara lebih meyakinkan dan berkesan.
Kisah Adnaa: Dari Idea Keluarga Kepada Lonjakan 170% Jualan
Salah satu kisah kejayaan paling menginspirasikan datang dari Mohd Naimran Nordin, pengasas jenama fesyen Adnaa. Berinspirasikan keluarga sendiri, Naimran membangunkan Adnaa untuk menyediakan pakaian tradisional yang elegan, bergaya dan mampu milik, khas buat keluarga yang mahu tampil menawan di pagi Raya.
Menurut Naimran, “Ciri siaran kandungan Shopee menghidupkan rekaan kami dan membantu pelanggan melihat kualiti dan potongan pakaian secara langsung. Gabungan penstriman langsung, kandungan video pendek, dan pemasaran melalui ahli affiliate membolehkan kami menjangkau lebih ramai pembeli.”
Beliau menambah, “Shopee Live membolehkan kami berinteraksi secara peribadi, Shopee Video menyerlahkan ketelitian rekaan kami, dan Shopee Affiliate membantu kami berkembang melalui cadangan yang dipercayai. Musim Raya ini, jualan kami meningkat lebih 170%—tetapi yang lebih penting, kami membantu keluarga tampil yakin dan bergaya ketika menyambut lebaran.”
Shopee Live & Shopee Video: Kunci Kepercayaan Dan Keterlihatan
Ciri Shopee Live benar-benar menjadi enjin penggerak utama kejayaan Adnaa, seiring dengan dapatan bahawa 45% penjual menggunakan platform ini untuk demo produk dan sesi soal jawab secara langsung. Melalui pendekatan yang interaktif dan bersifat real-time, Adnaa mencatat peningkatan jualan sebanyak 116% hanya melalui sesi gaya secara langsung, membolehkan pelanggan melihat sendiri produk dari dekat dan bertanya soalan secara terus.
Dalam masa yang sama, Shopee Video pula memainkan peranan penting dalam penceritaan jenama Adnaa, termasuk video di sebalik tabir dan sorotan koleksi rekaan mereka, yang seterusnya berjaya membina keyakinan dan kepercayaan pelanggan. Menariknya, jualan Adnaa turut melonjak 227% hasil sokongan pempengaruh melalui Shopee Affiliate, sekali gus membuktikan bahawa kombinasi kandungan dan kerjasama mampu menghasilkan impak yang luar biasa.
Asikin Ahmad: Strategi Canggih, Gaya Tradisional Kekal Menawan
Kisah kejayaan lain datang daripada pasangan usahawan Asikin Arifin dan Ahmad Faiq Shafiq, pengasas jenama Asikin Ahmad yang cukup dikenali dengan gabungan gaya tradisional dan kontemporari. Raya kali ini, mereka bukan sahaja memenuhi permintaan pelanggan, malah menjadikan musim ini sebagai peluang utama untuk memperkembangkan perniagaan.
Melalui pelancaran koleksi Raya yang dirancang dengan teliti dan strategi kandungan impak tinggi, mereka berjaya mencatat peningkatan jualan sebanyak 124% berbanding bulan sebelumnya. Strategi mereka merangkumi penggunaan Shopee Live, Shopee Video dan Program Shopee Affiliate, sekaligus memastikan jenama mereka terus berada di radar pelanggan sepanjang musim perayaan.
Menurut Asikin, “Raya adalah peluang keemasan kami untuk berkembang, dan alat perniagaan yang disediakan oleh Shopee membantu kami berhubung dengan lebih ramai pelanggan. Melalui sesi strim langsung, isi kandungan video yang menarik dan kerjasama bersama ahli affiliate, kami berjaya menjangkau lebih ramai penonton dan kekal dalam radar pelanggan sepanjang kempen.”
Shopee Terus Komited Untuk Sokong Penjual Secara Jangka Panjang
Shopee bukan sahaja fokus kepada kejayaan bermusim. Menurut Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia, “Musim Raya ini, kami melihat penjual memanfaatkan alat digital untuk berhubung dengan pembeli secara lebih bermakna. Shopee Live, Shopee Video dan rangkaian Shopee Affiliate terus mengubah cara jenama berinteraksi dengan pelanggan dan membina kesetiaan. Namun, matlamat kami melebihi kejayaan bermusim—kami terus berinovasi untuk menyokong pertumbuhan jangka panjang penjual melalui penyelesaian yang memperkasakan mereka untuk berkembang dengan yakin.”
Dengan dunia e-dagang yang semakin berkembang, Shopee kekal komited untuk memperkasakan usahawan digital tempatan melalui pelbagai inisiatif, latihan penjual dan pengenalan alat siaran kandungan yang relevan untuk memastikan peniaga terus bersaing dalam dunia digital yang sentiasa berubah.
Apa Kata Budiey?
Budiey cukup teruja melihat bagaimana platform digital seperti Shopee berjaya mencipta ruang dan peluang luar biasa untuk para peniaga tempatan, lebih-lebih lagi dalam musim yang penuh bermakna seperti Hari Raya. Apa yang menarik, kejayaan yang diraih bukan semata-mata kerana jualan semusim, tetapi kerana strategi pintar, kandungan kreatif dan hubungan emosi yang dibina bersama pelanggan.
Penggunaan Shopee Live, Shopee Video dan Affiliate Marketing bukan sahaja memberi nilai tambah, malah mencerminkan bagaimana perubahan dalam cara berkomunikasi boleh membawa impak besar terhadap prestasi perniagaan. Ini seharusnya menjadi inspirasi kepada semua peniaga atas talian untuk terus bereksperimen, mencuba pendekatan baru dan menjadikan kandungan sebagai nadi utama dalam pemasaran digital.
Budiey percaya, jika trend ini diteruskan dan dikembangkan lagi dengan teknologi dan inovasi masa depan, kita akan melihat lebih banyak kisah kejayaan anak tempatan yang berjaya menawan pasaran digital dengan cara mereka yang tersendiri. Jadi, kepada semua usahawan di luar sana—ini masa untuk lebih kreatif, lebih bijak dan lebih yakin!