Pada hari Khamis lalu – 6 Mei 2010, jam 3 petang, 8TV telah mengumumkan 12 kumpulan tarian yang peserta Top 12 untuk program realiti TV battle dance terbaru, Showdown 2010. Tahniah kepada pasukan yang telah mara ke peringkat seterusnya dan akan beraksi secara langsung di pentas Showdown 2010.
Untuk peminat program ini, sudahkah anda merasa bahang kehangatannya? Budiey pasti, untuk sekian kalinya, Showdown 2010 akan mengegarkan Malaysia dengan fenomena yang luar biasa. Ini sekadar jangkaan sahaja. Mungkin orang kita dah jemu dengan lambakan program realiti TV yang menguji kehandalan vokal. Bagaimana pula dengan seni tari pula?
Showdown 2010 dihoskan oleh penyampai radio FlyFM Hafiz Hatim yang sangat fasih berbahasa Inggeris. Hafiz ni kalau tak silap Budiey adalah adik kepada Hunny Madu.
Krumping, Popping dan Locking, Break Dancing dan banyak lagi gerak tari yang menjadi elemen penting dalam Showdown 2010.
Showdown 2010 juga menampilkan juri-juri profesional iaitu Joe Flizzow (penyanyi rap & penerbit hip hop) dan Maple Loo (penari dan pereka set).
Dah tak lama je lagi. Showdown 2010 akan bersiaran secara langsung di saluran hip 8TV setiap Rabu, jam 9.30 malam di KL Live di mana setiap minggu juri akan memberi pandangan dan kritikan tentang persembahan masing-masing.
Siaran ulangan akan disiarkan pada setiap hari Selasa jam 11.45 malam.
Setelah menjelajah ke 5 buah bandar besar untuk sesi ujibakat, Showdown 2010 menerima respon yang luar biasa di mana lebih daripada 100 krew menghadiri ujibakat yang telah diadakan di seluruh negara. Setelah berminggu-minggu, bertungkus lumus bersaing dalam ujibakat, akhirnya juri telah memilih peserta Top 12 yang akan merebut gelaran juara Showdown 2010 sekaligus membawa pulang wang tunai bernilai RM50,000.
Antara kumpulan yang telah terpilih ialah, Backyard Revolution Crew dari Selangor, Blacky Wacky dari Penang, Borneo Soul Breakerz dari Sabah, Famous Crew dari Kuala Lumpur, Feasible Crew dari Kuching, Floor Fever dari Kuala Lumpur, Funky Ux Force dari Penang, Giller Battle Crew dari Kuala Lumpur, HMC Phlow dari Kuala Lumpur, Return Crew dari Johor Bahru, Soul Krazy dari Kuala Lumpur dan Wakaka Crew dari Kuala Lumpur.
Kesemua krew akan beraksi di pentas Show Off dan Dance Off pada setiap minggu dan penonton juga akan dapat menyaksikan sesi penyingkiran dilakukan sehinggalah ke peringkat final nanti.
Setiap minggu kedudukan empat krew terbawah ditentukan oleh undian SMS penonton. Empat krew ini akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan setiap kumpulan akan diberikan peluang menonjolkan skill dan bakat masing-masing dalam sesi battle untuk memenangi hati juri.
Keputusan akhir terletak di tangan juri. Mereka yang akan menentukan krew manakah yang akan pulang setiap minggu.
Untuk mengundi krew kegemaran anda, sila taip SDKOD KREW dan hantar ke nombor 33399.
Untuk mengenali TOP 12 krew dengan lebih dekat dan mendapatkan gossip-gossip hangat serta info-info terkini serta ingin mengetahui apakah yang berlaku di belakang tabir, anda boleh menonton Diari Showdown 2010 yang akan disiarkan setiap Selasa, jam 11.30 malam bermula 11 Mei 2010 melalui slot Showdown 2010 Diaries… from the Street.