Pencarian Wajah Baru Quickie kini bermula…
Adakah kamu seorang yang periang dan mempunyai personaliti yang menarik? Adakah kamu seronok menonton Quickie? Pernahkah kamu mengimpikan untuk menjadi hos Quickie? Jika kamu mempunyai kriteria di atas, kamulah orang yang kami cari! Sejak 8TV mula beroperasi, program 8TV Quickie menjadi perhatian. 8TV Quickie adalah sebuah rancangan hiburan pendek yang disiarkan setiap hari selama 15 minit, memuatkan berita-berita hiburan dan tidak ketinggalan gossip-gosip hangat dan terbaru.
Bermula dengan Marion dan Adam, 8TV Quickie dengan mudah mengumpul peminatnya yang tersendiri. Hos nya bertukar silih berganti, bersesuaian dengan imej 8TV yang sentiasa `up-to-date’ dan hip. Terbaru, 8TV Quickie kini dalam pencarian untuk mencari muka baru bagi meneruskan tradisi menaikkan muka-muka baru menerusi program mini realiti terbaru – 8TV Quickie Search
“Kami mencari muka-muka baru yang mempunyai bakat dan personaliti yang menarik untuk menjadi hos baru 8TV Quickie. Jika kamu merasakan kamu memenuhi kriteria yang kami cari, jangan lepaskan peluang untuk menhadiri ujibakat. Mungkin tuah menyebelahi kamu!” komen Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.
8TV Quickie Search bukan sahaja memberi peluang kepada bakat-bakat baru untuk muncul di kaca TV malah memberi peluang kepada penonton untuk memilih siapa yang anda ingin lihat di kaca TV!
Ujibakat 8TV Quickie Search bermula Oktoebr ini dan akan dijalankan di lokasi-lokasi berikut:
10 Oktober 2009, Sabtu
12.00pm – 4.00pm
Laundry, The Curve, Mutiara Damansara
16 Oktober 2009, Jumaat
10.00am – 2.00pm
Lim Kok Wing University, Cyberjaya
23 Oktober 2009, Jumaat
10.00am – 2.00pm
Taylor’s University College,
P. Jaya
24 Oktober 2009, Sabtu
10.00am – 2.00pm
Sri Pentas, Bandar Utama
26 Oktober 2009, Khamis
10.00am – 2.00pm
Multimedia University, Cyberjaya
Hanya 6 finalis yang disenarai pendeka akan dipilih ke peringkat Top 6 (3 lelaki & 3 perempuan) menerusi ujibakat yang dijalankan di lokasi-lokasi diatas. Peserta –peserta Top 6 ini akan melalui beberapa proses latihan dan diberikan tugasan untuk dinilai sebelum diumumkan sebagai wajah baru 8TV Quickie.
Sebagai persediaan awal, peserta-peserta Top 6 akan mengikuti beberapa kelas yang disediakan untuk memperbaiki komunikasi dan memperbaiki imej masing-masing sebelum tugasan sebenar diberikan dan diadili. Setelah selesai menjalani kelas-kelas ini, kesemua peserta akan diberikan beberapa tugasan yang akan dijalankan selama enam minggu. Tugasan merangkumi laporan khas daripada majlis-majlis hiburan yang dihadiri dan turut berpeluang mengacarakan rancangan 8TV Quickie bersama hos-hos Quickie di studio secara langsung.
Pemenang 8TV Quickie Search akan diumumkan pada 8 Januari 2010 bersempena ulangtahun 8TV yang ke-6! Pemenang akan dipilih menerusi 50% dari juri dan 50% menerusi undian sms dan online.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai ujibakat di lokasi-lokasi berdekatan anda. Anda mungkin menjadi pengacara popular suatu hari nanti! Nantikan pengumuman peserta Top 6 dan jangan lupa untuk mengundi peserta kegemaran anda! Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kemunculan peserta Top 6 di 8TV Quickie dan anda berhak menilai dan memilih!
8TV juga boleh ditonton menerusi saluran 708 Astro. Kini, anda juga boleh menonton rancangan-rancangan 8TV kegemaran anda menerusi telefon bimbit anda di mobile.8tv.com.my. Selamat menonton!