8TV CATAT ‘RATING’ TERTINGGI SEMPENA TAHUN BARU CINA
Stesen televisyen hip Malaysia, 8TV telah membuka tirai Tahun 2012 dengan cemerlang! 8TV telah mencapai ‘rating’ yang cukup hebat sepanjang perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini. Penguasaan besar 8TV di musim perayaan ini membuktikan bahawa 8TV sentiasa peka dengan kehendak penonton dengan sentiasa menyajikan program-program hebat untuk penonton setia kami.
Sekali lagi 8TV berjaya menduduki tempat pertama dengan mencapai ‘rating’ tertinggi dengan merangkul tiga puluh peratus (30%) daripada jumlah penonton sepanjang Tahun Baru Cina. *Sumber ini diperolehi dari Nielsen Audience Measurement bermula dari 22hb Januari 2012 hingga 25hb Januari 2012.
8TV dengan bangganya telah mendominasi 14 daripada 20 program yang disiarkan sepanjang tahun baru dengan menyajikan variasi program-program menarik untuk penonton.
Antara program-program yang berjaya menarik perhatian penonton ialah Bodyguards and Assassins, I Love Hong Kong, On His Majesty’s Secret Service, The Treasure Hunter, Forbidden City Cop, The Luckiest Man, The Tricky Master, Eighth Happiness, Fortune 2012, Beauty – The Land of China, Ning Xia, CNY Treasure Hunt in Taiwan, Red vs White Superstar Showdown 2011, Spring Festival Gala 2012, Super Idol Golden Awards, Super Talents Show, A Date with Lu Yu, Big Brother CNY Special, CNY Celebration All Over China, Guess Guess Guess CNY Special, Happy Camp, Pick Me For Spring Festival Gala dan banyak lagi!
Dibawah adalah 10 program yang mencapai ‘rating’ tertinggi bagi 8TV dari 22 Februari hingga 25 Februari 2012
1 CNY MOVIE -FORBIDDEN CITY COP 448
2 CNY MOVIE -THE TRICKY MASTER 423
3 FORTUNE 420
4 CNY MOVIE -ON HIS MAJESTY SECRET SERVICES 411
5 CNY MOVIE -I LOVE HONG KONG 402
6 SUPER TALENTS SHOW 399
7 TVB 43RD ANNIVERSARY GALA 384
8 THE TREASURE HUNTER 361
9 BODYGUARDS AND ASSASSINS 355
10 TREASURE HUNTER CNY SPECIAL 349
“Ini merupakan musim perayaan yang disambut meriah! 8TV telah menyediakan pelbagai program menarik yang menghiburkan khas untuk penonton setia kami,†ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar 8TV dan ntv7.
Airin menambah, “Ini merupakan tahun ke-8 kami bersiaran dan 8TV telah berkembang dan menyumbang kepada pembangunan industri hiburan Malaysia. Kami cukup berhati-hati dalam pemilihan program dan hanya menyiarkan sesuatu yang hebat sebagai menghargai penonton setia kami.â€
8TV telah menempa nama dalam industri penyiaran sejak ia mula bersiaran lagi dengan memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa dan juga tempatan. Antara anugerah-anugerah antarabangsa dan tempatan yang terbaru dimenangi 8TV seperti, Phoenix Awards, Promax/BDA Awards dan Anugerah Skrin yang mana 8TV telah memenangi tiga anugerah antarabangsa dalam dua kategori berbeza di 2009 Phoenix Awards yang telah dianjurkan di Singapura. 8TV berjaya memenangi Tempat Kedua menerusi promo ‘Shout! Awards 2009’ Tempat Kedua dan Ketiga menerusi kategori ‘Campaign to Promote Feature Film or TV Series’.
Baru-baru ini 8TV berjaya memenangi ‘Rancangan Realiti Terbaik’ untuk Showdown 2010 manakala Shout! Awards 2009 berjaya memenangi ‘Rancangan Muzikal Terbaik’. 8TV kembali mengukir nama sekali lagi apabila Showdown 2010 berjaya memenangi anugerah ‘Rancangan Realiti Terbaik’ manakala Shout! Awards 2010 memenangi kategori ‘Rancangan Muzikal Terbaik’ di Anugerah Skrin 2011.
Di Promax Asia 2009 Awards, 8TV juga berjaya mendapat pencalonan dalam tiga kategori di berjaya membawa pulang ‘Silver Award’ untuk katergori ‘Best Public Announcement’ menerusi iklan Merdeka Rasa Sayang dan berjaya disenaraikan sebagai Pilihan Nombor 1 untuk ‘Youth Market in the Advertising & Marketing Magazine’. 8TV juga berjaya memenangi dua anugerah termasuk Tempat Pertama untuk Project Superstar dan Tempat Ketiga untuk The Sarah Connor Chronicles di Promax/BDA Awards. 2011 juga menyaksikan 8TV menggondol anugerah ‘A+M’s TV Broadcaster of The Year 2010 – Top (No 1) among Young Urban English Literate Viewers (Teenage Boys & Girls, Women Age 18-24, Female Fashion & Luxury Product Buyers & Frequent Travellers)’.
Selain itu 8TV berjaya memenangi ‘Best Entertainment Show’ menerusi program Project SuperStar dan ‘Best Reality Show’ untuk program So You Think You Can Dance (Musim ke- 2) di Anugerah Skrin 2008. Pada Anugerah Skrin 2009, 8TV berjaya dicalonkan lima kategori termasuk Rancangan Realiti Terbaik, Rancangan Hiburan Terbaik, Dokumentari Terbaik, Rancangan Muzikal Terbaik dan Drama Terbaik. 8TV juga dicalonkan untuk kategori ‘Best Direction’ dan ‘Best Drama Series’ di 2009 Asian TV awards.
8TV sekali lagi dicalonkan Asian Television Awards 2011 (ATA) dan ‘Welcome To The Railworld’ (epi 7) dicalonkan untuk ‘Best Lifestyle Programme’. Turut mendapat pencalonan ialah drama ‘A Time To Embrace’ untuk kategori ‘Best Theme Song’ yang dinyanyikan oleh Henley Hii, manakala Gary Yap Choon Kean mendapat pencalonan untuk kategori ‘Best Actor In A Supporting Role’.
Terus berhibur secara eksklusif di saluran 8TV yang juga terdapat di saluran Astro 708. Penonton juga boleh menonton program menarik lain 8TV menerusi laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my. Anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini 8TV melalui www.facebook.com/8TVfb, www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts