Tahniah buat pengacara Dayah Bakar yang sah bergelar isteri kepada Kapten Muhammad Hanif Hamidi, hari ini. Alhamdulillah…
Siapa sangka, rakan sepermainan sejak kecil kini bergelar suami kan?
Dayah atau nama sebenarnya Nurhidayah Abu Bakar selamat dinikahkan oleh bapanya bertempat di 9Kedondong, Kuala Lumpur.
PENGACARA Borak Kopitiam TV3, Nur Hidayah Abu Bakar atau Dayah Bakar, 29, sah bergelar isteri kepada Muhammad Hanif Hamidi, 29, pada 9.38 pagi tadi.
Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Nikah, Cerai, Rujuk, Masjid Ar Rahimah dari Jabatan agama islam wilayah persekutuan, Muhamad Nazri Ramli.
Pada majlis berlangsung di 9 Kedondong, Ampang itu, Dayah menerima mas kahwin RM300 serta tujuh dulang hantaran, dibalas sembilan dulang. Wang hantaran pula dirahsiakan.
Majlis dihadiri lebih 200 tetamu terdiri daripada keluarga kedua pihak, rakan artis antaranya Fara Fauzana dan Heliza Helmi serta sahabat handai.
Dayah kelihatan menitiskan air mata sepanjang majlis akad nikah berlangsung.
“Alhamdulillah… semuanya berjalan lancar dan sempurna seperti dirancang.
“Saya kini menggalas tugas sebagai isteri dan dalam masa sama menjadi milik masyarakat.
“Syukur suami memahami dan mengizinkan saya untuk meneruskan karier seperti biasa,” katanya.
Pasangan ini akan mengadakan majlis resepsi untuk rakan pada 1 Julai ini di Cornerstone (IPC) Wisma Selangor Dredging.
Majlis kenduri menyambut menantu pula akan berlangsung di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 7 Julai.
Kredit Gambar: Instagram Dayah Bakar
Dalam pada itu, wanita berusia 29 tahun ini mengucapkan syukur selepas upacara pernikahan dipermudahkan olehNya.
“Semoga keberkatan Syawal ini akan menjadi permulaan baik untuk kami,” katanya.
Dayah menerima tujuh dulang berbalas sembilan dulang daripada pihak pengantin lelaki. Dayah juga menerima mas kahwin bernilai RM300. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Selepas acara akad nikah, pasangan ini akan diraikan pada majlis persandingan di Ampang, Selangor, lusa.
Tahniah Dayah dan suami, semoga kalian berbahagia hingga ke Jannah. Insha Allah…