in

71 Peratus Penduduk Malaysia Memilih Astro Radio

Berdasarkan keputusan kaji selidik terkini yang dikeluarkan oleh Pengukuran Pendengar Radio Nielsen (RAM), stesen Astro Radio mendominasi tiga tangga teratas dengan memperolehi 12.6 juta pendengar.

Dari perspektif kedudukan, hasil kajian memperlihatkan bahawa kedudukan stesen ERA fm, THR (Raaga dan Gegar) juga Sinar FM masih mengungguli kedudukannya sebagai tiga stesen radio teratas di negara ini. Pendengar ERA fm kini berjumlah 4.8 juta, THR (Raaga dan Gegar) mencatatkan 3.7 juta pendengar, dan Sinar FM turut mencatatkan jumlah yang sama iaitu seramai 3.7 juta pendengar. Seterusnya, hitz fm dan MY FM pula kekal sebagai stesen radio No.1 dalam segmen bahasa masing- masing.

JOHARA - ERA

Jake Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio berkata,

“Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pendengar setia kami kerana memberikan sokongan terhadap stesen-stesen radio di bawah naungan Astro dan menjadikannya pilihan nombor satu mereka. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan dalam membantu kami sehingga ke tahap ini. Keupayaan kami untuk merealisasikan keperluan pelanggan Astro adalah amat penting. Kami yakin, dengan disokong oleh sebuah pasukan yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam menghasilkan kandungan terbaik untuk melaksanakan sesebuah kempen dengan teliti, banyak lagi yang boleh ditawarkan kepada pelanggan. Ini juga merupakan bukti bahawa Astro Radio adalah landasan terbaik untuk mengembangkan perniagaan pelanggan kami.”

Secara akumulatif, Astro Radio mempunyai program yang paling kukuh untuk segmen Racangan Sarapan Pagi dan Petang di negara ini, dengan jumlah pendengar 7.7 juta dan 7.5 juta pendengar masing-masing di semua sembilan (9) stesen kami.

Kandungan Astro Radio ini didorong oleh bakat-bakat penyampai seperti Johan, Haniff dan Ray (JoHaRa Pagi Era), Jack Lim, Gan Mei Yan dan Jeff Chin (Rancangan Pagi MY FM), Salih Yaacob, Kak Engku dan Krill (Sinar Pagi), serta Ean dan Adam C (Rancangan Pagi hitz fm) yang memainkan peranan penting dan bertindak sebagai tunggak utama dalam kejayaan sesebuah stesen radio itu.

Jake Abdullah berkata, “Baru-baru ini, segmen baharu petang di ERA fm iaitu SATE yang dikemudikan oleh Shahrol, Tauke dan Adi telah dilancarkan. Segmen baharu ini menawarkan sesuatu pengalaman baru dan segar buat para pendengar, yang mana pada masa yang sama memberi variasi tambahan kepada segmen Petang”.

“Astro Radio terus menyediakan penyelesaian inovatif kepada pendengar supaya mereka dapat menikmati kandungan yang lebih inklusif terutamanya apabila ia dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan 360 °”, kata Jake Abdullah.

“Seperti biasa, kami menjanjikan hanya yang terbaik untuk anda semua, dan ia terbukti apabila Raku dilancarkan. Raku ialah sebuah perkhidmatan penstriman muzik dan radio Malaysia menerusi telefon pintar, tablet dan komputer peribadi. Melalui Raku, pengguna boleh mengakses kepada berjuta-juta seleksi lagu dan video, mendengar lebih dari 20 stesen radio secara langsung, serta mendapatkan pilihan lagu atau playlist yang disusun oleh penyanyi-penyanyi kegemaran seperti Yuna, Paper Plane Pursuit, Dasha Logan dan ramai lagi. Raku boleh dimuat turun menerusi web di www.raku.my sementara applikasi Raku boleh didapati di iTunes Store dan Google Play”, tambah Jake lagi.

Sumber : Pengukuran Pendengar Radio Nielsen, Liputan 1, 2015

ASTRO RADIO RADIO BAHASA MALAYSIA

ERA fm adalah stesen radio No.1 Malaysia dengan jumlah pendengar 4.8 juta setiap minggu. Rancangan Sarapan Pagi JohaRa Pagi ERA yang dikendalikan oleh Johan, Haniff & Ray menarik 2.7 juta pendengar manakala Rancangan Petang pula mempunyai 2.6 juta pendengar setiap minggu. Jumlah Purata Pendengar seramai 233,000 dengan Pendengar Eksklusif seramai 1.3 juta. Jumlah Masa Mendengar (TSL) bagi stesen itu pula, selama di 8 jam 05 minit.

THR Gegar masih mengekalkan kedudukannya di Pantai Timur sebagai stesen No. 1 dengan 1.8 juta pendengar. Ia mempunyai 125,000 Purata Pendengar dengan 660,00 Pendengar Eksklusif.
Sinar FM mengukuhkan kedudukannya di tangga ketiga sebagai jenama radio di Malaysia dan menjadi stesen kedua berbahasa Malaysia yang paling digemari dengan adanya peningkatan sebanyak 62,000 pendengar dan kini secara keseluruhannya berjumlah 3.7 juta pendengar. Rancangan Sarapan Pagi dan Petang menunjukkan kedua-dua peningkatan iaitu 1.9 juta dan 1.8 juta pendengar mengikut segmen masing-masing.

RADIO BAHASA CINA
MY FM kekal sebagai No. 1 stesen berbahasa Cina di Malaysia. Stesen ini mengalami peningkatan seramai 10,000 pendengar untuk mencapai 2.0 juta pendengar setiap minggu. Rancangan Sarapan Pagi dan Petang telah menarik 1.3 juta dan 1.1 juta pendengar masing-masing. Pendengar eksklusif pula seramai 1.1 juta dan Jumlah Masa Mendengar (TSL) adalah 7 jam 52 minit. Untuk kajian berturut-turut ke-12, Rancangan Pagi yang dikendalikan oleh penyampai Jack, Mei Yan & Jeff terus menjadi segmen No. 1 Rancangan Pagi berbahasa Cina di negara ini.
Melody FM memperolehi 398,000 pendengar dan mencatatkan 131,000 jumlah Penonton Eksklusif. Purata Pendengar setia mendengar seramai 24,000 dengan Jumlah Masa Mendengar (TSL) iaitu 10 jam 04minit.

RADIO BAHASA INGGERIS
hitz fm mengekalkan kedudukannya sebagai No. 1 stesen Bahasa Inggeris di negara ini dengan jumlah 1.2 juta pendengar. Rancangan Sarapan Pagi dan Petang pula meningkat kepada 559,00 dan 644,000 pendengar masing-masing. Penonton Eksklusif dan Jumlah Purata Penonton hitz fm juga meningkat kepada 205,000 dan 47,000 masing-masing, manakala Jumlah Masa Mendengar (TSL) juga meningkat sedikit kepada 6jam 22mins.

Lite FM meningkat sebanyak 8% untuk mencapai jumlah 286,000 pendengar setiap minggu. Stesen ini juga mempunyai Jumlah Masa Mendengar (TSL) yang tertinggi di kalangan semua stesen Bahasa Inggeris dengan 7 jam 04 minit setiap minggu. Rancangan Sarapan Pagi dan Petang pula menunjukkan peningkatan sebanyak 11, 000 untuk mencapai jumlah 164,000 dan 188,000 mengikut segmen masing-masing.

MIX fm mencatatkan peningkatan sebanyak 75% dalam jangkauan mingguannya dengan jumlah pendengar 281,000. Rancangan Sarapan Pagi pula meningkat dari 61,000 ke 150,000 pendengar, manakala Penonton Eksklusif pula mengalami dua kali ganda peningkata iaitu 46,000 pendengar. Jumlah Masa Mendengar (TSL) adalah 3 jam 59 minit.

RADIO BAHASA TAMIL

THR Gegar terus didominasikan sebagai stesen berbahasa Tamil paling digemari di negara ini dengan jumlah 2 juta pendengar. Jumlah Penonton Eksklusif dan Purata Penonton pula mempunyai 909,000 dan 138,000 pendengar mengikut kategori masing-masing.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jualan BIG SALE AIRASIAGO Tawar Penerbangan Percuma

Rahsia Di Sebalik Kecanggihan Kamera Galaxy S6