Alamak! Macam mana ni, semua baju dengan seluar semua dah tak muat ni?
Ha..korang mesti selalu hadapi situasi begini kan? Kami ada jalan penyelesaian buat korang yang sedang berusaha mengempiskan perut buncit selain nak turunkan berat badan juga.
Ikuti petua ini dan sentiasa mengamalkannya untuk kempiskan perut buncit korang. Selamat mencuba!
Minum Air Limau
- Caranya senang sahaja dengan minum air limau setiap kali bangun pagi dan juga selepas makan
- Kelebihannya adalah untuk menyahtoksik hati kerana hati yang tidak cekap akan menyebabkan lebihan lemak akan terbentuk di bahagian pinggang
Minum Teh halia
- Selain untuk membuang angina dari badan, ia juga berkesan untuk membantu percernaan semulajadi badan.
- Kelebihan halia untuk membuang angin dari badan
- Ia dapat meningkatkan suhu badan dan bertindak untuk membakar lemak dengan lebih efisien terutamanya pada bahagian perut
Makan Ikan Salmon
- Untuk yang mengamalkan diet, korang boleh makan ikan salmon sekurang-kurangnya 2 kali seminggu
- Khasiatnya yang mengandungi omega-3 ini dapat membantu memecahkan lemak dan mengurangkan penyimpanan lemak di perut buncit korang
- Bagi yang vegetarian, korang boleh gantikan dengan minyak ikan sebagai ganti omega-3 itu
Kurangkan Pengambilan Gula
- Kalau boleh kurangkan pengambilan gula atau tidak mengambil langsung gula
- Ini untuk mengekalkan tahap insulin pada tahap yang rendah setiap masa untuk meningkatkan penghasilan glucagon iaitu sejenis hormone yang dapat mengempiskan perut
Dapatkan Tidur 6-8 Jam Sehari
- Tidur yang cukup boleh memastikan sistem saraf, pengeluaran hormone dan metabolisme korang berada di tahap optimum dan dapat lakukan kerja dengan lebih bertenaga dan juga otak korang berfungsi dengan cerdas
Tingkatkan Metabolisme
- Cara nak tingkatkan kadar metabolisme adalah dengan cara meningkatkan pengambilan protein dengan mengambil soya, kacang dan daging tanpa lemak
- Selain itu, korang juga boleh makan buah manga afrika (Irvingia gabonensis) kerana ia dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam badan. Tapi sedikit masam ya!
Guna Aplikasi Senaman Di Mobile App
- Sekarang ini banyak aplikasi untuk menguruskan badan tanpa perlu ke gym. Jadi korang boleh guna aplikasi yang bagus untuk buat senaman mengempiskan perut. Tinggal perlu cari aplikasi senaman yang korang nak saja.
Haa…itu antara petua yang boleh diamalkan untuk mengempiskan perut buncit korang semasa PKPB ni. Jadi, tak adalah mengeluh sebab baju dengan seluar tak muat lagi.
Selamat mencuba korang!