in

7 Peserta Wakili Semenanjung Ke Pertandingan Bintang Kecil 2017 Peringkat Kebangsaan

Air mata kegembiraan mengiringi peserta berasal dari Terengganu, Putera An-Nasa-El’Ubaidah bin Sahar Sa’di apabila namanya turut diumumkan sebagai peserta ketujuh melayakkan diri mara ke Pertandingan Bintang Kecil 2017 Peringkat Kebangsaan yang bakal berlangsung di Kuching, Sarawak pada Disember nanti.

Kejayaannya turut dikongsi sama enam peserta lain yang nama mereka telah diumumkan awal iaitu Nurul Maimanah Abdul Qahhar mewakili Melaka, Ahmad Azhar Iskandar Mohamad Yusof (Selangor), dan Nur Safiya Ardina Shamsul Azrin (Perlis), Muhammad Azryzham Lop Hisham (Kuala Lumpur), Intan Nursyuhada Mohd Suhairi (Kelantan) dan Nazli Shafizdaniel (Pahang).

Pertandingan Bintang Kecil 2017

Ketujuh-tujuh peserta yang layak membawa pulang wang tunai RM2,000 manakala saguhati menerima RM500 beserta hadiah iringan, trofi dan sijil. Hadiah disampaikan YBhg. Dato’ Hj. Mustafa Kamal Abd Razak, Pengarah Bahagian Program Radio, Jabatan Penyiaran Malaysia.

Persembahan mantap mereka dinilai juri terdiri daripada Helen Yap, Ajai dan Jari selaku ketua juri pertandingan. Secara keseluruhannya juri berpuas hati dengan persembahan mereka yang rata-ratanya memiliki tahap keyakinan diri yang tinggi selain menjiwai lirik lagu yang disampaikan. Namun ada juga kekurangan yang perlu diperbaiki termasuklah berkaitan lontaran dan kawalan suara.

Menampilkan hos Ninie Selangor fm dan Nadir Nordin Nasional fm, kemunculan Nurul,11 nyata menyerlah menyampaikan lagu “Kekasih Teragung Dunia”, Iskandar menyanyikan lagu “Roman Cinta”, Safiya dengan lagu “Warkah Untukku”, Azryzham lagu “Sejati”, Intan mempertaruhkan lagu “Terbaik Bagimu”, Shafizdaniel lagu “Lebih Sempurna” juga Putera dengan lagu pilihannya “Menahan Rindu”.

Kemampuan mereka menyampaikan lagu berbahasa Inggeris ditonjolkan dalam segmen battle yang menentukan kelayakan pemilihan mereka tersenarai ke peringkat kebangsaan.

Menariknya kelebihan dimiliki tujuh peserta ini apabila turut dapat bersama peserta Zon Sabah dan Sarawak menyertai program Berambeh, antara kelainan yang ditonjolkan program Bintang Kecil kerana turut mempunyai elemen pendidikan secara holistik. Sepanjang tempoh tersebut, peserta berpeluang mengikuti kelas vokal, lakonan, seni persembahan dan juga pengucapan awam.

Mereka juga didedahkan kepada aktiviti kemasyarakatan, pelancongan dan lawatan sambil belajar ke beberapa lokasi terpilih. Antaranya Sarawak Culture Village, Semenggoh Wildlife Centre, Sarawak Energy Berhad, DNC Demak Asiatic Bhd, Muzium Kuching, Sentosa Theme Park, Planetarium Sultan Iskandar, Rumah Seri Kenangan dan sebagainya.

Pada Debaran Bintang Kecil 2017 Peringkat Semenanjung yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri baru-baru ini, turut bertanding iaitu Putri Mirza Afiqah Saidi (Johor), Muhammad Ajmal Ajmain M.Khairi (Negeri Sembilan), Dinie Nurafrina Rizwan (Pulau Pinang), Muhammad Ammar Hakim Muhammad (Kedah) dan Imran Zulkifli (Perak).

Pertandingan turut diserikan dengan persembahan Nabila Razali yang menyampaikan dua lagu iaitu Cemburu dan single terbaharunya bertajuk Pematah Hati.

Pastikan anda terus mengikuti Pertandingan Bintang Kecil 2017 Peringkat Kebangsaan pada Disember depan di Kuching, Sarawak.

Pertandingan Bintang Kecil 2017

Pertandingan Bintang Kecil 2017

Pertandingan Bintang Kecil 2017

Pertandingan Bintang Kecil 2017

Pertandingan Bintang Kecil 2017

Pertandingan Bintang Kecil 2017

Pertandingan Bintang Kecil 2017

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Jelita Juara Minggu Keempat di Clever Girl Malaysia

Ada Sebab Fattah Amin, Nur Fazura & Elfira Loy Setuju Jadi Duta Produk MAYDAN