in

7 Cara Orang Kita Jadi Unik di Bulan Puasa

Orang kita ni sangat unik nak-nak apabila tiba bulan puasa. Ada 7 cara orang kita boleh jadi unik dengan perangai yang macam-macam di bulan puasa.

1. Dah tau jalan tu sesak, nak juga bawak stroller. Bila terlanggar, buat muka.

2. Meniaga kat tapak free takde sewa, tapi harga barang jualan sama macam peniaga yang menyewa kat Pavillion.

3.Bila orang nak meniaga, dia pun nak tapi dia masak pun tak pandai, nak meniaga jugak pastu harga lagi mahal.

4.Asal ade kosong, main parking je. Padahal depan simpang tu. Kereta bersusun jam sebab dia, tapi buat tak tau.

5. Dalam masjid yang tua-tua ni boleh bertekak sebab berebut tempat nak berbuka.

6. Yang bukan bekerjaya seorang pelakon lagi pandai berlakon daripada pelakon.

7. Undang-undang takat atas kertas. Masing-masing create law sendiri bila tak puas hati. Rasa tergugat, show off kuasa.

“Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya Kau fikir kau siapa?”

Petikan dari Facebook Kamal Rezuan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Menangi Kereta & Samsung Galaxy A7 Dalam Peraduan HyppTV HYPPRUSH

Program Raudhah TV3 Sempena Hari Raya