Lapan bakat muda bola sepak yang terpilih dari AirAsia-QPR Coaching Clinics 2015 di Malaysia, Thailand, Singapura dan China melawat London untuk peluang keemasan di Padang latihan QPR
Lapan bakat muda bola sepak yang dipilih oleh jurulatih-jurulatih Queens Park Rangers’ (QPR) in the Community Trust semasa pemilihan yang diadakan berikutan sesi ‘AirAsia-QPR Coaching Clinic Tour’ yang diadakan tahun lepas di negara Malaysia, Thailand, Singapura dan China kini berada di Loftus Road, London. Ini merupakan sebahagian daripada usaha AirAsia untuk terus memberikan inspirasi kepada belia melalui sukan.
Bakat Bola Sepak Asia lalui peluang keemasan di Padang latihan QPR di London
Lapan remaja berbakat telah terpilih dari lebih 200 remaja untuk melalui peluang keemasan untuk menjalani latihan di Akademi QPR, bertemu pasukan utama QPR serta menyaksikan perlawanan secara langsung antara QPR dan Derby County FC di Stadium Loftus Road.
AirAsia adalah penaja rasmi bagi jersi QPR, dan telah giat menjalankan program outreach seperti klinik latihan bola sepak ini di sekitar rantau untuk memberi inspirasi dan mencungkil bakat-bakat bola sepak Asia di peringkat awal, disamping menyumbang kembali kepada komuniti dimana syarikat itu beroperasi.
Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berkata, “Bagi kami, adalah penting untuk terus memberi peluang kepada para belia untuk maju dalam aktiviti sukan. Begitu ramai pemain muda yang berbakat di Asia, dan apa mereka perlukan adalah satu peluang untuk mempamerkan kebolehan serta potensi mereka. AirAsia berasa gembira menjadi sebahagian dari perjalanan mereka dan memberi inspirasi kepada bakat-bakat muda bola sepak ini untuk terus mengejar impian mereka. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada QPR in the Communiy Trust atas kerja keras dan komitmen dalam menjalankan klinik-klinik latihan ini di seluruh Asia, dan kami pasti bahawa lebih 200 peserta dari Thailand, Singapura, Malaysia dan China telah mendapat manfaat melalui inisiatif ini.”
Andy Evans, Ketua Pegawai Eksekutif QPR in the Community Trust berkata, “Kami mengalukan kedatangan lapan pemenang ‘AirAsia-QPR Coaching Clinic’ ke QPR. Ini merupakan satu peluang keemasan bagi mereka melihat kehidupan di London dan merasai kehidupan kelab bola sepak profesional.
“Kami teruja untuk bekerjasama dengan AirAsia sekali lagi dan kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka yang berterusan. QPR dan AirAsia mempunyai semangat yang tinggi dalam membentuk bakat muda dan ini merupakan kerjasama yang terbaik bagi kedua-dua organisasi.
“Ini merupakan tahun ketiga untuk klinik latihan ini dan setiap tahun ia menjadi lebih besar dan lebih baik daripada sebelum ini. Jurulatih-jurulatih kami masih bercerita mengenai klinik-klinik latihan yang diadakan di Asia pada bulan Disember, dan kini tiba masa kami untuk memberikan peluang keemasan yang tidak dapat mereka lupakan.”
Kesemua peserta siri klinik latihan ini akan mendapat peluang meningkatkan kemahiran dan kecekapan mereka di atas padang, mempelajari pelbagai kemahiran penting seperti manipulasi bola, teknik hantaran dan rembatan serta aspek taktikal lain permainan dari jurulatih QPR in the Community Trust.
‘AirAsia-QPR Coaching Clinic Tour’ adalah usaha bersama oleh AirAsia dan QPR in the Community Trust yang bermula pada tahun 2013, dan telah memberi manfaat kepada hampir 1,000 belia di seluruh Asia; memberikan atlet muda peluang untuk belajar daripada para jurulatih yang dikaitkan dengan sebuah kelab liga kejohanan Inggeris. Siri klinik latihan 2015 diketuai oleh Pengarah Kem QPR in the Community Trust, Martino Chevannes; bersama-sama empat lagi jurulatih QPR lain termasuk Danny Edwards, Alfie Ferguson, Alex Gordon dan Stephen McCarthy.
Ikuti perkembangan lapan pemenang ini menerusi laman social AirAsia di Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia), dan juga laman www.qpr.co.uk bagi liputan sepanjang minggu ini dari 2 hingga 8 Mac 2016.