Cuti penggal persekolahan sinonim dengan situasi bila mana ibu bapa menghantar anak-anak pulang ke kampung mengeratkan dan menyegarkan kembali hubungan tidak kira antara datuk nenek atau pun saudara mara. Di sinilah bermulanya pelbagai situasi mereka cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.
Kisah ini diangkat Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi drama bertajuk “Anak Imam Argentina†arahan Nizam Zakaria mengisi slot Panggung Ahad di TV1 pada 13 Disember ini, pukul 10.30 pagi.
Bila Budak KL Masuk Kampung Dalam Drama “Anak Imam Argentina†Di TV1
[dropcap]S[/dropcap]aksikan kelainan watak dibawakan pelakon Nas T, menghidupkan perwatakan budak bandar yang jatuh hati dengan gadis kampung, Nur Argentina lakonan Wan Sharmila. Ia turut dibintangi oleh Redza Rosli, Farah Nazira, Ucop Wilcha dan Rasyidah Jaafar.
“Anak Imam Argentina†mengisahkan watak Imam kampung dan isterinya, Kiah merupakan peminat setia pasukan Argentina. Dek kerana minat yang mendalam terhadap pasukan tersebut, mereka menamakan anak tunggal mereka, Nur Argentina.
Masa berlalu apabila meningkat remaja, Nur Argentina yang dipanggil Tina terkenal dengan perwatakan lasak seperti remaja lelaki. Dia suka memanjat pokok dan bermain bola sepak dengan teman baiknya, Halimah.
Sementara itu Haikal yang juga tinggal di kampung sama menerima kehadiran sepupunya, Kamarul yang baru tiba dari Kuala Lumpur. Kamarul tipikal budak bandar yang ego dan tidak suka berkawan dengan perempuan.
Namun pertemuannya dengan Tina ketika majlis kenduri mengubah segalanya. Kamarul jatuh hati pandang pertama dengan Tina tanpa mempedulikan sikap Tina yang garang dan lasak seperti lelaki. Haikal mentertawakan Kamarul namun berjanji mahu membantu sepupunya itu mendapatkan Tina dengan bantuan Halimah. Dalam diam Haikal berkawan baik dengan Halimah.
Sejak itu Kamarul melakukan pelbagai cara mahu memikat hati Tina. Namun dia menggunakan pendekatan dengan memikat hati kedua ibu bapa Tina terlebih dahulu. Kamarul berterus terang mencabar Tina untuk memberikannya tempoh tujuh minggu memikat hati Tina.
Tina yang terkejut hanya bersetuju. Dia tidak mahu dilihat lemah dipandangan Kamarul dan kawan-kawannya. Tina tetap membantu ayahnya di ladang ternakan kambing dengan menyediakan makanan kepada pekerja termasuk Haikal dan Kamarul yang bekerja sementara di ladang ayahnya.
Hubungan tarik tali merapatkan mereka. Namun Tina tetap keras hati tidak mahu mengakui dia juga menyenangi kehadiran Kamarul. Kamarul pula main tarik tali dengan Tina. Dia mula menjauhkan diri bila Tina menunjukkan rasa suka padanya. Dia mahu Tina jujur dengan perasaannya.
Masa berlalu Kamarul pulang ke Kuala Lumpur. Tina mula merindui Kamarul dalam diam. Perasaan itu hanya dikongsi dengan Halimah. Lalu apakah pengakhiran kisah cinta mereka? Ikuti kesudahannya hanya di TV1.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.